saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 27/06/1999

Leina Hangat kecewa digosip Mercedesnya kena tarik


LEINA... sedang memendam perasaan.


KEHADIRAN artis seksi Leina Hangat ke studio Utusan baru-baru ini menyebabkan studio menjadi riuh- rendah. Ada sahaja celotehnya yang menyebabkan beberapa teman wartawan dan jurugambar lain tidak henti ketawa.

Itulah karakter Leina yang cukup disenangi oleh banyak pihak. Dia cukup ceria. Layanannya kepada sesiapa sahaja termasuk mereka yang baru dikenalinya dalam masa seminit dua juga sama rata. Dia tidak memilih bulu dalam persahabatan.

Justeru itu apabila Pancaindera memberikan notis yang singkat untuk merakamkan wajah terbarunya dia memberikan jawapan yang positif.

Kehadirannya ke studio bersama Pegawai Perhubungan Rock Record, Nana pada petang itu nyata berlainan sekali dari Leina yang dikenali sebelum ini.

Tubuh badannya yang semakin kurus menyebabkan ramai yang bertanya kepadanya apakah rahsia sehingga dia boleh mengurangkan berat badan sedemikian rupa.

Jawapan yang diberikan cukup ringkas: "Makan hati dik... tak tahan dengar orang cakap yang bukan-bukan fasal kita.''

Jawapan yang diberikan oleh Leina ketika itu barangkali dianggap satu gurauan buat teman-teman yang mendengarnya tetapi tidak bagi saya kerana saya melihat air mukanya begitu serius.

Ketika mengajukan pertanyaan itu, ternyata Leina sekarang sedang memendam perasaan. Rasa terkilan menebal dalam dirinya apabila dirinya dikatakan sedang dilanda masalah paling besar dalam hidupnya.

Menurut Leina, kebelakangan ini ada gosip-gosip liar yang menyebut, kereta mewah Mercedes yang dipandunya sudah ditarik oleh bank.

Tidak cukup itu, lebih membuatkan dia geram ialah rumah bernilai lebih RM100,000 di Bukit Antarabangsa yang dibeli hasil titik peluhnya menyanyi pula dikatakan sedang menanti masa untuk dilelong oleh bank.

"Terkejut besar Leina bila dikaitkan dengan perkara itu. Pandai-pandai sahaja orang nak bercakap fasal Leina sedangkan tuan yang punya diri pun tak tahu-menahu.

"Dia orang bukannya tahu kita bekerja keras siang dan malam untuk mendapatkannya, senang-senang saja dia buat cerita macam itu... geram betul,'' luahnya dalam nada penuh kecewa.

Pun begitu, ini tidak bermakna Leina mahu melenting tidak tentu fasal kerana sebagai artis dia sudah masak dengan gosip-gosip liar ini.

"Cuma satu yang ingin Leina nasihatkan kepada mereka yang tak bertanggungjawab ini janganlah suka sangat jaga tepi kain orang, adalah lebih baik jika kita menilai di mana kelemahan kita dahulu,'' tegasnya lagi.

Ditanya sama ada dia mengesyaki mereka yang menimbulkan fitnah ini terdiri daripada teman-teman rapatnya, Leina tidak menolak kemungkinan tersebut.

"Bagaimanapun, saya tidak boleh tuduh melulu kerana tidak ada bukti. Apa pun Leina sedar Tuhan Maha Mengetahui segala-galanya,'' ujarnya lagi.

Mengenai penampilan seksinya pula Leina berkata, perkara itu merupakan identiti bagi dirinya dan terpulang kepada masyarakat untuk menentukan sejauh mana pandangan mereka terhadap penampilannya.

Bercakap soal cinta dan perkahwinan pula, Leina atau nama sebenarnya Norazlina Abdul Rahman berkata, dia tidak menafikan sebagai wanita yang sudah menjangkau usia 26 tahun, perkara itu sering menghantui fikirannya.

Lebih membuatkan dia gementar ialah bila melihat teman-teman rapat yang lain sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga.

"Mungkin belum sampai seru lagi kot,'' ujarnya sambil bergurau.

Menurut anak kelahiran Johor Bahru, Johor ini, dia menyerahkan segala urusan mengenai jodoh kepada Allah dan jika ditakdirkan esok atau lusa dia bertemu jodohnya, Leina tidak dapat menolak ketentuan takdir.

Sementara itu ketika ditanya mengenai perancangan menerbitkan album barunya, Leina menyuarakan hasratnya untuk mendapatkan khidmat penyanyi dan komposer Hattan.

Kata Leina, dia cukup kagum dengan kerja seni Hattan yang kebelakangan ini begitu mendapat perhatian dan dia mengharapkan agar rancangannya untuk mendapatkan khidmat Hattan akan tercapai juga suatu hari nanti. - DEAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.