saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 01/07/1999

Penyampaian anugerah dan pingat

Baru-baru ini, sempena Hari TLDM yang ke 65 dengan tema 'Bersedia untuk melangkah ke alaf baru' Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Seri Abu Bakar Abdul Jamal telah menyampaikan anugerah dan pingat itu.

Penganugerahan dan pingat itu membawa makna dan erti yang besar kepada perkhidmatan terutama kepada penerima.

Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) diterima oleh BK BDI Khamis Ahmad, BK STN(L) Balakrishnan a/l Atchinaidu, BK PWP Mat Saat Ariffin dan BK TMK Demeli Abdullah.

Pemenang anugerah Bintara dan Lasykar Terbaik 1988 pula dimenangi oleh Pegawai Waran I JGN Talib Rejab daripada KD Laksamana Tun Abdul Jamil, dan LK STN(L) Mohd Nor Atan dari Depot Bekalan Armada TLDM serta anugerah Akademik Terbaik Program Diploma dimenangi oleh Leftenan Madya Nor Hasram Mohd. Muharami.

KD Badek di bawah Pegawai Memerintah Leftenan Komander Mohan a/l Ayappan muncul pemenang Piala Agong.

Piala itu yang diperkenalkan pada tahun 1979, telah dihadiahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada TLDM untuk dianugerahkan kepada kapal yang mencapai dan mengekalkan tahap operasi yang cemerlang.

Kapal ronda itu telah beroperasi di laut selama 3,672 jam dengan jarak perjalanan sejauh 150,594 batu nautika bagi mengawal pantai dan perairan negara, selain menyertai latihan serta tugas-tugas khas yang lain.

Piala BEAB dimenangi oleh KD Perdana iaitu jenis kapal pembinasa laju misil di bawah Pegawai Memerintah, Komander Ahmad Nordin Ali.

Piala itu adalah sumbangan syarikat Bofors Electronic of Sweden kepada TLDM untuk dihadiahkan kepada kapal TLDM yang terbaik pada setiap tahun dalam sistem peperangan persenjataan Bofor dan pemenang akan turut menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Pemenang Anugerah Kualiti Panglima Tentera Laut 1999 dimenangi Depot Senggaraan Armada dari Markas Panglima Sistem Armada.

Pemenang peraduan mengarang esei maritim di tempat pertama ialah Leftenan Madya Navin Gopal a/l Supramaniam, tempat kedua ialah Leftenan Komander Teoh Chin Eaw.

Pemenang pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1998 ialah Alia Nadiah Surtaji dan Wan Li Lian.

Pelajar terbaik Penilaian Menengah Rendah (PMR) ialah Amin Haris Zainal Abidin, Siti Khadijah Roslan, Aisyah Nur Adni Hamzah dan Abdul Rashid Mansor.

Ketika berucap pada sambutan itu, Abu Bakar mengingatkan agar semua peringkat warga TLDM bahawa alaf baru ini, menjadikan dunia sebagai perkampungan kecil tanpa terbatas (borderless).

''Oleh itu warga TLDM mesti melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran kerana dunia orde baru ini memerlukan tenaga mahir dan pekerja yang berpengetahuan,'' tegasnya.

Perbarisan sempena hari ulang tahun itu telah disambut dengan sederhana tetapi meriah bersama keluarga para pegawai dan anggota TLDM di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.