saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/07/1999

Jangan tanya Mas Idayu pasal kahwin

Nyata sekali, kehilangan Mas Idayu, 27, atau panggilan mesranya Ayu daripada persada seni selama tempoh itu ada 'taruhannya'.

Selepas setahun hilang secara 'misteri', Ayu yang kelihatan semakin ghairah dan seksi muncul semula dengan album terbaru dengan judul Bolehlah Boleh.

''Album ini mengetengahkan konsep cukup berbeza berbanding dua album Ayu yang lepas dan yang paling susah pembikinannya,'' begitulah rancaknya penyanyi bertubuh kecil molek ini bercerita mengenai album barunya.

Memang pada petang sesi fotografi dengan Pancaindera baru-baru ini, Ayu yang ditemani PR Warner Music, Aida Husin, begitu bersemangat bercerita mengenai kelahiran album barunya.

Malah untuk sesi fotografi petang itu, Ayu komited dalam memberikan aksi istimewa untuk peminat-peminat yang telah sekian lama merindui suaranya.

Mengenai edaran Bolehlah Boleh, Ayu mengakui, pada peringkat awal sambutan untuk Bolehlah Boleh tidak begitu menggalakkan namun jualan album berkenaan semakin rancak selepas tiga minggu berada di pasaran.

''Ayu sendiri terkejut dengan jualan album yang semakin meningkat dan terharu apabila lagu Bolehlah Boleh mula diterima oleh pendengar termasuk keturunan Punjabi,'' jelasnya ceria.

Anak kedua daripada lapan adik-beradik ini memberitahu, dia mengambil masa sehari suntuk untuk menyiapkan kulit album yang dianggap oleh sesetengah orang cukup kontroversi.

Masakan tidak, gambar kulit luar album memperlihatkan Ayu seolah-olah sedang terbang di awang-awangan manakala salah satu aksi di dalam cukup mengghairahkan apabila Ayu beraksi dengan dua tangan memegang buah dada.

''Sebagai penghibur, Ayu tahu bahawa diri ini akan menjadi tumpuan dan bahan bualan orang dan apa saja yang dibuat akan sentiasa menjadi bualan, sama ada dipuji atau dikeji.

''Cuma dalam keadaan ini sebolehnya Ayu tidak cepat melatah,'' akui penyanyi yang popular menerusi lagu Cinta 100 Persen ini.

Penyanyi yang berasal dari Kota Tinggi, Johor ini memang mudah diajak berbual mengenai penglibatannya selama hampir sedekad dalam dunia glamor khususnya mengenai album baru yang sedang berada di pasaran.

Namun, wajahnya yang lembut dan mesra boleh 'mencuka' apabila dia ditanya tentang kisah misteri kehilangannya selama hampir setahun.

Bahkan, Ayu bisa melenting kalau rahsia hubungannya dengan aktor macho Aman Graseka yang selama ini menjadi tanda tanya cuba dikorek.

Sampai saat ini, Ayu masih enggan melayani sebarang pertanyaan yang menyentuh hal-hal peribadinya dan apabila ditanya kenapa, spontan Ayu menjawab, ''Saya tidak rasa bersalah kerana terlalu berahsia''.

Memang tidak salah untuk berahsia tetapi apabila bercakap soal perkahwinan Ayu tidak seharusnya berdolak-dalik dan memberikan alasan yang bukan-bukan.

Harga sesebuah perkahwinan itu sama nilainya seperti mendirikan sebuah masjid malah Islam sendiri menuntut setiap pasangan menyebarkan berita perkahwinan agar tidak timbul sebarang fitnah.

Oleh RUHAIDINI ABD. KADIR ([email protected])

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.