saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/07/1999

Iklim tak mungkin bersatu kembali - Kama

Bagaimanapun kumpulan itu bagai sudah berkubur sekarang. Album terakhir mereka tahun 1998 dengan album bertajuk Pergimu Satu Tanda benar-benar telah memberikan tanda kepada Iklim.

Kumpulan Iklim yang dianggotai oleh Umarul (gitar), Huzali (bass), Kama (dram), Mohalim (gitar kedua) dan Saleem ( bekas vokalis) kini telah membawa diri dan haluan masing-masing.

Kejayaan yang dicipta hampir 10 tahun bersama album-album yang laku macam goreng pisang panas akhirnya tidak juga 'memanjangkan' usia kumpulan itu lantaran tindakan anggota-anggotanya mencari haluan hidup baru.

Kini Iklim bukan lagi artis Warner Music Malaysia. Kontrak sudah tamat sejak Februari lalu.

Ketika bertemu dengan Kamaruddin Ibrahim (Kama) di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini Pancaindera menyingkap kisah terbaru anggota Iklim yang sudah lama menyepi tanpa show dan publisiti.

Kata Kama ''Sebenarnya masing-masing telah membawa diri sejak dua tahun yang lalu lagi.

''Tidak bermakna kami bergaduh. Kami masih berkawan. Cuma semuanya dah tak macam dulu... sibuk dengan latihan dan kumpulan. Maklumlah semuanya dah sibuk dengan anak dan isteri jadi masa untuk bersama tu kurang. Setakat ini cuma Umarul saja yang belum kahwin,'' kata Kama.

Empat daripada anggota kumpulan ini datang dari Kuala Terengganu dan cuma Saleem saja yang berasal dari Setiu.

''Saya, Huzali dan Umarul, Mohalim tinggal dalam satu kawasan yang dekat. Jadi kerana itu saya tahu perkembangan mereka tu. Cuma Saleem sahaja yang jauh sikit. Cakap tentang Saleem ni sebenarnya saya ni jarang bertemu dengannya.

''Kalau saya sendiri kini telah berumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata. Huzali juga begitu,'' katanya lagi.

Kama kini berhijrah ke Kota Bharu, Kelantan dan berniaga sendiri. Kama berhijrah ke Kota Bharu sejak dua tahun lalu.

Manakala Huzali pula berada di Kuala Lumpur dan kini masih aktif bermain muzik di kelab. Huzali, anggota kumpulan yang paling muda kini telah setahun berkahwin dengan wanita pilihannya asal dari Perlis.

''Mohalim pula bekerja di Warner Chappell di Kuala Lumpur. Dia yang juga telah berkahwin kini mempunyai empat cahaya mata. Umarul pula kini menetap di kampung dan menyertai kumpulan tabligh,'' ujar Kama.

Bila diajukan pertanyaan sama ada Iklim akan aktif semula, Kama memberitahu yang dia sedang memikirkannya.

''Kalau nak ikut kami ni semuanya dah kira tua. Yelah, kami semua dah berusia 30 lebih, kecuali Huzali. Rasa nak main muzik masih ada cuma untuk menyatukan semula Iklim sukar diramalkan.

''Kalau saya rasa saya nak aktif lagi, saya akan bentuklah kumpulan lain. Saya dah tanya Mohalim, dia kata cukuplah, dah tiba masa kita nak berehat. Kalau difikirkan kata Mohalim tu betul juga, kumpulan kami dah sepuluh tahun, dah kecap semuanya. Dan kini biarlah generasi baru yang naik. Kita orang lama rehatlah,'' sambung Kama.

Oleh: JOHA AHMAD

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.