saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/07/1999

Keistimewaan kumpulan Moin


MOIN... pasangan adik-beradik yang semakin popular kini.


SALAH satu keistimewaan yang ada pada kumpulan Moin dan yang mungkin tidak diketahui oleh kebanyakan orang ialah, kedua-dua mereka merupakan saudara kandung.

Hubungan darah yang ada pada mereka dijadikan satu kebanggaan buat Eddy dan kakaknya, Ieda dalam usaha memancing perhatian dan pendengaran peminat seni tanah air.

Dalam satu pertemuan dengan mereka baru-baru ini, Eddy yang nama sebenarnya Mohd. Haidir Abd. Moin dan Ieda yang nama sebenarnya Siti Haida Abd. Moin tidak menafikan, hubungan yang cukup rapat itu juga 'melahirkan' satu suasana kerja yang cukup selesa.

"Bekerja dengan orang yang kita rapat dan kenal lebih senang dan menjanjikan keseronokan kerja. Jika ada masalah sekalipun, ia mudah untuk diselesaikan berbanding kalau kita bekerja dengan orang lain,'' ujar Ieda yang pernah merakamkan album bersama kumpulan Dewi suatu ketika dulu.

Ieda yang mempunyai pengalaman dalam bidang seni sebelum ini menjelaskan, kemunculan terbarunya bersama dengan adiknya juga suatu peluang yang cukup berharga.

Sementara itu, Eddy juga sependapat dengan kakaknya bahawa kesempatan yang diberikan oleh syarikat rakaman NSR kepada mereka suatu yang cukup bernilai.

"Kami mahu mengukir sejarah kami sendiri seperti mana yang pernah dilakukan oleh kumpulan Kru. Biarpun mengambil masa yang lama, kami sedia menanti,'' ujar Eddy, pelajar tingkatan lima di salah sebuah sekolah menengah di ibu negara.

Sebagai adik beradik yang tinggal sebumbung bersama dengan ibu dan bapa juga, Eddy dan Ieda tidak pernah menghadapi sebarang masalah untuk berbincang mengenai karier mereka.

Kata mereka, dalam hal ini, kedua-duanya juga sering mendapat bantuan daripada ibu dan bapa yang menjadi tulang belakang kejayaan mereka.

"Gabungan minat antara kami berdua serta sokongan padu ibu dan ayah juga antara penyebab mengapa Moin berada dalam industri muzik hari ini,'' jelas kumpulan Moin lagi.

Ditanya mengenai nama Moin yang dipetik daripada nama bapa mereka serta dijadikan sebagai nama kumpulan mereka pula, Ieda dan Eddy menjelaskan, nama tersebut dipilih oleh penerbit mereka Iman Wan.

Pemilihan itu, kata mereka dibuat, selepas nama Moin mempunyai keunikan dan nilai komersial yang tersendiri.

"Sekurang-kurangnya penggunaan nama ini akan mengingatkan kami kepada bapa setiap masa dan ketika dan kami juga berbangga untuk memberitahu umum yang kami mempunyai seorang ayah yang cukup istimewa sekali,'' ujar kedua-dua mereka penuh bangga.

Mengenai konsep muzik yang ditampilkan mereka dalam album sulung mereka pula, Moin menjelaskan, mereka mempertaruhkan konsep pop rock di mana konsep muzik tersebut mempunyai kesesuaian dengan vokal mereka.

Kata Moin juga, album sulung mereka akan berada di pasaran tidak lama lagi dan mereka juga menjanjikan banyak lagu menarik yang sesuai dijadikan hidangan sekeluarga.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.