saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/07/1999

Sri Angkasa pertandingkan 60 kategori

Anugerah yang akan diadakan pada 24 Julai ini pukul 8.30 malam disiarkan secara langsung dari Auditorium Besar Angkasapuri.

Timbalan Pengarah Penerbitan Televisyen, Rokiah Normah Ramli berkata, Anugerah Sri Angkasa akan mempertandingkan 17 kategori bagi radio dan 43 kategori bagi rancangan televisyen termasuk rancangan-rancangan hiburan.

Ujarnya, jumlah kategori tersebut bertambah sesuai dengan sumbangan banyak pihak dalam kerja penerbitan termasuk bahagian teknikal.

Menurut Rokiah Normah, proses pe-ngadilan telah pun dilaksanakan secara berperingkat-peringkat oleh lebih 40 pengadil profesional. Kini hanya tinggal 10 peratus dalam peringkat penyelenggaraan.

Seiring dengan anugerah tersebut, RTM turut menayangkan semula rancangan hiburan, drama, dokumentari dan sebagainya yang dipertandingkan pada malam tersebut menerusi slot Fiesta Sri Angkasa.

Slot ulang tayang tersebut diadakan setiap Sabtu dan akan berterusan selepas anugerah itu berlangsung.

Anugerah Sri Angkasa ke-21 kali ini akan menampilkan tema Koordinasi Dalam Penerbitan yang mendedahkan para penonton kepada aspek-aspek penting dalam sesuatu penerbitan iaitu perancangan, kreativiti dan pelaksanaan.

Majlis tersebut juga menampilkan konsep warna asas iaitu merah, hijau dan biru bagi segmen-segmen yang dipersembahkan yang dibawa menerusi elemen penerbitan iaitu set, props, pencahayaan, pakaian, grafik dan sebagainya.

Anugerah tersebut juga dijangka menjadi sebuah majlis yang meriah apabila tiga artis tempatan popular ditampilkan buat pertama kalinya sebagai pengacara majlis. Artis tersebut ialah Ziana Zain, Awie dan Nouri.

Selain mengacarakan rancangan, ketiga-tiganya akan mengadakan persembahan di samping artis tempatan lain iaitu KRU, Fauziah Latiff, Siti Nurhaliza, Ani Maiyuni, M. Daud Kilau dan M. Nasir. Artis tersebut dibantu oleh pelawak Accapan, Os, Louisa Chong dan Shamsul.

Antara kategori bagi anugerah televisyen yang dipertandingkan ialah Drama TV Terbaik yang mencalonkan lima drama terbaik iaitu Sebening Syawal, Amy Anuar, Buaian, Cikgu Nabila dan Setiaku Di Sini.

Bagi kategori Pengarah Drama TV Terbaik pula ialah Mohamed Nor Bujang, Kok Tzyy Haw, Meor Hashim Manap, Ahmad Tarmimi Siregar dan Ibrahim Ismail.

Kategori Penghibur TV Terbaik pula mencalonkan penyanyi Erra Fazira, Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Amelina dan Khatijah Ibrahim.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.