saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/07/1999

RTM mencipta penghibur


LIZA HANIM.


Semua penyanyi pasti bercita-cita untuk bergelar penghibur yang mempunyai pelbagai kebolehan kerana persembahan vokal yang baik belum menjanjikan kejayaan.

Malah kini banyak penyanyi muncul dengan berbekalkan vokal yang bermutu. Untuk menampilkan kelebihan mereka harus mempunyai keistimewaan lain.

Dalam usaha mencari penyanyi yang benar-benar layak digelar penghibur, RTM menganjurkan pertandingan Hiburan Minggu Ini-Penghibur sejak April lalu.

Malam kemuncak pertandingan itu yang dilangsungkan baru-baru ini menyaksikan penyanyi Liza Hanim tampil sebagai Juara Penghibur.

Dia menewaskan Syafinaz yang menduduki tempat kedua dan Rozita Izlyn di tempat ketiga.

Empat lagi peserta akhir yang menunjukkan kebolehan ialah Asha Malik, Sharizan, Feeza dan Nouri. Mereka terpilih daripada 30 penyanyi yang menyertai pertandingan itu.

Liza Hanim berpendapat, kemenangan tersebut sebagai satu dorongan kepadanya untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik pada masa depan.

Walaupun masih belum bersedia bergelar penghibur namun gelaran yang diterimanya selepas kejayaan tersebut dijadikan dorongan untuk menuju ke arah itu.

''Bukan senang untuk digelar penghibur namun saya akan berusaha ke arah itu,''jelasnya yang benar-benar gembira dengan kejayaan tersebut.

Dia juga menganggap pertandingan yang dianjurkan itu sebagai satu peluang kepada penyanyi tanah air membuktikan kebolehan masing-masing.

Syafinaz pula menganggap kemenangan tersebut sebagai satu promosi kepada dia dan pemenang lain dalam meningkatkan kedudukan nama mereka di bidang seni.

Untuk bergelar penghibur katanya, seseorang harus mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan satu kelainan.

''Saya akan sentiasa tampilkan kelainan dalam persembahan saya untuk memberi kepuasan kepada pendengar,''kata Syafinaz lagi.

Rozita Izlyn pula berharap kemenangan yang diraihnya membuka mata banyak pihak terhadap kemampuan penyanyi tanah air.

''Mungkin selama ini ada penganjur persembahan yang tidak begitu yakin dan kemenangan tersebut boleh membuka mata mereka,''ujarnya.

Dia juga akan berusaha untuk membaiki kelemahan diri dalam memastikan mutu persembahan meningkat dari masa ke semasa.

Walaupun menganggap masih jauh untuk bergelar penghibur namun kemenangan tersebut membuatkan dia semakin yakin untuk menghasilkan sesuatu yang baik pada masa akan datang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.