saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/07/1999

Saari nekad selamatkan Menora


SAARI AMRI... mahu memberi perhatian kepada artis-artis baru di bawah syarikatnya.


DALAM banyak komposer di negara ini, nama Saari Amri mungkin bukan sesuatu yang asing bagi kita. Komposer tersebut pernah menggegarkan industri muzik tanah air menerusi karya-karya luar biasanya.

Antara lagu ciptaan beliau yang pernah menempa sejarah tersendiri ialah Madah Berhelah (Ziana Zain), Sembilu (Ella), Di Sana Menanti Di Sini Menunggu (UK's), Gerimis Mengundang (Slam) dan banyak lagi.

Segala cerita kejayaan ketika di zaman kegemilangan itu membuka mata banyak pihak terhadap komposer kelahiran Tanah Merah, Kelantan itu.

Akibat pengaruh dan populariti yang ada pada Saari juga, menyebabkan banyak pihak yang bersedia menghulurkan pelbagai jenis bantuan untuk memastikan dia dapat membina empayar muziknya.

Namun, itu hanya sejarah lampau buat komposer yang pernah menempuh kegelapan apabila berdepan dengan kemalangan yang hampir membawanya menempuh maut pada 19 Oktober, 1996 lalu.

Selepas detik pahit itu, nama Saari seolah-olah lupa di ingatan peminat. Banyak pihak yang sebelum ini menghargai karya seninya, yang 'menyembahnya' untuk mendapatkan lagu-lagu ciptaannya seolah-olah meminggirkannya.

Lebih memedihkan Saari ialah ketika negara mengalami kegawatan ekonomi, syarikat produksi miliknya Menora Music juga turut terjejas.

Kerana itu Saari memberitahu, dia terpaksa mengambil beberapa perubahan drastik dengan menukar Menora Music menjadi Menora Music Entertainment untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada penerbitan album artis-artis baru.

"Saya perlu melakukan beberapa perubahan drastik dan mungkin perubahan ini tidak menyenangkan orang lain tetapi saya perlu melakukannya.

"Menora Music Entertainment juga tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan mana-mana pihak yang selama ini mendakwa kewujudan syarikat itu atas usaha mereka,'' tegas Saari tanpa mahu menjelaskan siapakah pihak yang dimaksudkannya itu.

Tambah Saari lagi, suasana suram ekonomi juga telah membuka matanya untuk menilai siapa kawan dan siapa lawan.

Katanya, ketika dia sedang menikmati kesenangan hidup dan berada di puncak, ramai yang ingin berdampingan dan menyusun pelbagai strategi perniagaannya.

"Untuk menyelamatkan syarikat ini juga, saya terpaksa menyembah beberapa tokoh korporat untuk mendapatkan bantuan mereka.

"Malangnya, tiada siapa yang berminat untuk membantu bangsa sendiri. Sebaliknya mempermain-mainkan saya dengan janji-janji manis yang tidak ada jawapannya,'' ujarnya sedih.

Lebih memeritkan Saari, apabila dia terus didesak untuk membayar hutang oleh pihak-pihak yang dulunya mendakwa ingin membantu perniagaannya.

"Dulu mereka berani menghulurkan wang yang banyak kepada saya kerana muzik saya ada pengaruh dan disukai ramai. Tetapi setelah saya terlibat dalam kemalangan jalan raya, mereka mula berubah sikap,'' cerita Saari seakan kecewa dengan keadaannya.

"Saya akan membuktikan saya mampu untuk mengulangi sejarah gemilang saya dahulu,'' ikrarnya lagi.

Buat masa sekarang juga Saari menjelaskan, dia mahu memberi perhatian kepada artis-artis baru yang bernaung di bawah Menora Music Entertainment iaitu Clang Valley, My Girl Friend, Purple Rain dan Big Boss.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.