saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/07/1999

Liza Hanim Penghibur Terbaik RTM

KEUNGGULAN saluran televisyen kerajaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) melahirkan penghibur berbakat tidak perlu dipertikaikan lagi.

Bermula daripada permulaan RTM beroperasi sehinggalah ke hari ini, pelbagai pertandingan berbentuk mencungkil bakat penghibur telah diadakan.

Antara bentuk pertandingan yang masih segar di ingatan peminat seni tanah air ialah pertandingan Bakat TV, Bintang RTM, Pesta Pujaan Kingsway, Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI), Golden Teen Search dan lain-lain lagi.

Terbaru, pertandingan HMI Penghibur Akhir '99 diadakan pada minggu lalu bertempat di Auditorium Besar, Angkasapuri.

Seramai tujuh peserta, kesemuanya terdiri daripada penyanyi profesional bertanding sesama sendiri untuk merebut gelaran Penghibur Terbaik.

Di kalangan kesemua tujuh peserta itu, masing-masing bekerja keras untuk menampilkan kehebatan yang tersendiri dalam usaha menempatkan nama sebagai penghibur tempatan yang disegani.

Liza Hanim, Nouri, Feeza, Asha Malik, Syafinaz, Shahrizan dan Rozita Izlyn - tujuh penyanyi popular berentap dengan gaya dan aksi tersendiri untuk merebut gelaran Penghibur Terbaik.

Buktinya, Liza Hanim dinobatkan sebagai juara Penghibur Terbaik. Muncul dengan pakaian yang cukup sederhana. Kekuatan yang ada padanya bukan hanya terletak pada mutu vokalnya tetapi juga jenaka selamba yang dilakonkannya bersama pelawak, Abon.

Gandingan Liza dan Abon berjaya mencuit hati penonton. Jenaka yang berkisar bagaimana Liza boleh 'mengawal' gerak-geri Abon menerusi alat kawalan jauh (remote control) ternyata tidak membosankan.

Seterusnya, Liza turut mempamerkan kekuatan vokalnya menerusi lagu Bayangan (lagu yang pernah dipopularkan oleh Aishah), Kali Pertama (lagu Fairuz Hussin) dan lagu dari albumnya Puteri Jelmaan.

Tempat kedua, Syafinaz pula mempamerkan kelainan yang cukup ketara dan tidak ada pada penyanyi lain.

Dia tidak memerlukan seorang pelawak untuk bekerjasama dengannya di atas pentas, sebaliknya Syafinaz lebih selesa dengan sebuah piano yang digabungkan dengan vokalnya.

Persembahan sederhana Syafinaz dengan bermain piano serta menggunakan suara sopranonya membuatkan Auditorium Besar, RTM bergema dan mendapat sorakan dan tepukan yang gemuruh.

Syafinaz benar-benar mengeksploitasikan vokalnya dan ternyata dia menggunakan ilmu serta pengalaman yang ada sebagai pensyarah vokal dengan sepenuhnya.

Bagi Rozita Izlyn pula yang meraih tempat ketiga juga tidak mengecewakan. Dia ditemani pelawak Wan Maimunah dengan jenaka yang sederhana. Peserta lain yang turut membuat persediaan rapi ialah Asha Malik (yang juga memenangi kategori Pakaian Terbaik) dan Feeza.

Bagaimanapun, agak sedikit mengecewakan buat Nouri dan Shahrizan yang nampaknya seolah-olah tidak membuat persediaan langsung.

Gaya dan aksi yang dipersembahkan oleh mereka bagaikan 'melepaskan batuk di tangga'. Nouri dan Shahrizan seolah-olah kurang memberi perhatian pada sketsa yang wajib ditampilkan oleh setiap peserta.

Jasa RTM terhadap penggiat seni sebenarnya cukup besar dan punya pengaruh tersendiri. Oleh itu sewajarnya pertandingan sebegini diperluaskan bagi mencungkil bakat penghibur yang lebih handal.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.