saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/07/1999

Retro popularkan konsep muzik 60-an


KUMPULAN RETRO.


Ini telah menguatkan azam empat anak muda yang menubuhkan kumpulan Retro menyemarakkan semula irama 60-an yang dipersembahkan dengan gaya muzik moden.

Mereka percaya bahawa konsep lagu 60-an itu akan diterima oleh peminat apabila terdapat usaha generasi baru mempopularkannya semula.

Kesemua lagu yang dimuatkan di dalam album tersebut adalah ciptaan baru kecuali lagu Tak Mengapa yang dipopularkan oleh A Rahman Hassan yang dirakamkan semula dengan gubahan baru.

Kumpulan ini bukan sahaja melihat senario dalam dunia muzik tempatan malah perkembangan muzik di luar negara yang menampakkan kecenderungan mengangkat semula irama yang dipopularkan oleh kumpulan The Beatles.

''Kami juga sememangnya menggemari lagu-lagu 60-an khususnya kumpulan The Beatles,'' kata penyanyi utama kumpulan itu, Boy.

Selain Boy, Retro yang bernaung di bawah bumbung syarikat EMI itu turut dianggotai oleh Man (gitar utama), Sham (dram) dan Toyok (gitar bass).

Mereka juga melahirkan album berkonsep sedemikian untuk mencari kelainan daripada kumpulan yang sedia ada di pasaran.

Kejayaan album Austin Power, Jimmy Ray, Fastball dan beberapa lagi membuatkan mereka yakin peminat negara ini boleh menerima muzik sedemikian.

''Kami tidak mahu dikatakan menjejaki mana-mana kumpulan sebaliknya mahu menjadi perintis,'' kata mereka.

Walaupun kebanyakan penyanyi era 60-an masih bertapak dan terdapat yang masih aktif namun Retro tidak menganggapnya sebagai satu saingan.

Mereka juga tidak mahu disamakan dengan kumpulan dan penyanyi era 60-an kerana muzik yang mereka bawakan mempunyai perubahan untuk disesuaikan dengan zaman.

Lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album tersebut antaranya Pedih Luka Jiwa Merana, Ini Bukannya Mimpi Lagi, Hei Dengarkanlah, Buat Buatlah Sedar, Warisan Pujangga, Duit Al Kisah dan beberapa lagi.

Album terbitan Zaty itu akan dipasarkan penghujung Ogos depan.

''Kami yakin konsep ini akan diterima oleh peminat sebagaimana irama 60-an muncul semula pertengahan 80-an dulu,'' ujar mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.