saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/07/1999

Kompilasi terbaru Data mengancam

Bagi memastikan album ini mendapat sambutan, hampir kesemua lagu tersebut yang dipilih adalah lebih mantap, segar dan mempunyai kepopularitiannya tersendiri.

Kumpulan yang terdiri daripada empat anak jati Pulau Pinang ini telah menyenaraikan sebanyak dua belas buah lagu yang terkandung dalam album kali ini.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album Best of Data ini ialah Mengulit Kenangan, Kasihku Tetap Abadi, Bayang-Bayang, Bukan Maaf Yang Ku Pinta dan Sayu.

Malah album yang diterbitkan oleh Carrybase Corporation Sdn. Bhd. ini telah menyusun semula rentak dan vokal yang lebih mantap bagi lagu Tunduk Mengalah.

Bagaimanapun, tarikan yang istimewa album ini kerana kumpulan Data menggunakan khidmat komposer terkenal Eddie Hamid untuk menampilkan sebuah lagu bonus.

Menurut eksekutif perhubungan awam syarikat itu, Alice, pemilihan Eddie Hamid kerana popularitinya sebagai antara komposer lagu yang cukup popular masa kini.

Oleh itu tambahnya, dia telah menyumbangkan sebuah lagu berkonsepkan pop rock untuk kumpulan ini iaitu Nyanyian Rindu Buat Kekasih.

''Lagu Nyanyian Rindu Buat Kekasih ciptaan Eddie Hamid dan liriknya ditulis oleh Afiq Syaimi, dipilih kerana ia cukup sesuai dengan konsep yang dibawa oleh kumpulan ini.

''Dan lagu ini juga turut digunakan sebagai lagu yang dijangkakan popular, sebagaimana lagu Mengulit Kenangan dan Tunduk Mengalah,'' katanya.

Selain itu, album ini turut mengandungi tiga buah lagu minus one iaitu Kekasih Tetap Abadi, Mengulit Kenangan dan Nyanyian Rindu Buat Kekasih.

''Malah, pihak syarikat turut menyediakan hadiah yang menarik bagi setiap pembelian kaset dan cd. Tetapi ia merupakan edisi yang terhad sahaja,'' ujarnya. - HASHNAN.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.