saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 30/07/1999

Solution muncul dengan semangat baru

KEGAGALAN ketika muncul dengan album sulung empat tahun lalu tidak mematahkan semangat kumpulan Solution untuk terus berjuang dalam bidang seni.

Mereka pernah muncul dengan album sulung pada tahun 1994 menggunakan nama Perdana, namun kehadiran mereka gagal meletakkan kumpulan itu di tempat terbaik.

Kini, anggota kumpulan itu berjuang dengan semangat baru dan memilih nama Solution sebagai pengenalan diri dan menganggap mereka sebagai sebuah kumpulan baru.

Album terbaru Solution berjudul Isytihar menekankan konsep rock progresif yang disesuaikan dengan selera pendengar muzik negara ini.

Malah, mereka juga banyak memilih lirik bermesejkan cinta kerana lagu bermesej sedemikian senang diterima oleh peminat.

''Kami harus memilih sesuatu yang menepati citarasa pendengar agar album kami diterima oleh mereka,'' kata anggota kumpulan itu.

Album tersebut juga menampilkan komposer dan penulis lirik terkenal seperti Johari Teh, Loloq, Azam Dungun, Ajai dan beberapa lagi.

Antara lagu yang dimuatkan ialah Rindu Pasti Merindu, Dusta Sebuah Janji, Isytihar Sultan Cinta, Pesona, Mahligai Kencana dan beberapa lagi.

''Kami telah menghasilkan yang terbaik untuk memantapkan album ini dan terserahlah kepada pendengar untuk menilainya,'' kata mereka lagi.

Mereka juga memilih lagu-lagu pop kerana menyedari konsep sedemikian senang diterima oleh pendengar lagu-lagu Melayu.

Apatah lagi, peminat banyak disogokkan dengan lagu-lagu sedemikian yang dihasilkan secara solo ataupun berkumpulan.

Namun, mereka tetap menghasilkan sentuhan sendiri agar lagu-lagu yang dicipta tidak dibandingkan dengan lagu kumpulan lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.