saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 31/07/1999

LPT akan dibina secepat mungkin

KEMAMAN 30 Julai - Pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan akan dimulakan secepat mungkin, kata Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan akan membantu konsortium projek itu untuk mendapatkan pinjaman murah bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggungnya akibat jumlah pengguna yang kurang.

Katanya, pembinaannya akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

''Tujuan kerajaan memberi bantuan tersebut ialah supaya bayaran tol yang dikenakan kepada rakyat boleh dikurangkan,'' katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Kertih dekat sini hari ini, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas mengakhiri lawatan dua hari ke Terengganu.

Menurut perancangan awal projek itu akan dilaksanakan oleh sebuah konsortium yang diketuai oleh Malaysian Mining Corporation (MMC) dalam empat fasa melibatkan laluan dari Karak-Kuantan-Jerangau-Cendering sejauh kira-kira 338 kilometer.

Projek LPT itu juga dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun akan datang dan mempunyai 16 persimpangan bertingkat bertol dari Karak ke Cendering.

Bagaimanapun pembinaannya belum dapat dimulakan kerana kerajaan sedang berbincang dengan konsortium itu untuk mengurangkan kos pembinaannya yang pada mulanya dianggarkan RM4 bilion.

Perdana Menteri bagaimanapun menafikan bahawa cadangan kerajaan untuk membina lebuh raya di Pantai Timur sebagai tindakan memancing undi dan berkata ''kerajaan membina jalan raya sepanjang masa dan bukan pada waktu pilihan raya sahaja''.

Sebaliknya, Dr. Mahathir berharap rakyat akan memberikan sokongan kepada projek itu memandangkan parti pembangkang sering menjadikan projek jalan tol sebagai isu untuk mengecam kerajaan.

''Kita berasa amat dukacita dengan tindakan parti lawan yang sengaja membangkitkan sentimen anti jalan-jalan tol,'' katanya.

Beliau menjelaskan sekiranya kutipan tol tidak dibuat, kerajaan tidak mungkin dapat menyediakan jalan raya yang baik.

Di samping itu, tambah Perdana Menteri, kutipan tol bagi lebuh raya itu sahaja masih tidak mencukupi untuk menampung kos pembinaannya.

''Kerajaan membuat kajian berapa banyak bantuan yang boleh menyokong syarikat terbabit supaya ia (syarikat itu) tidak menanggung beban yang banyak sehingga terpaksa menggenakan tol terlalu tinggi kepada rakyat.

''Bagaimanapun berbanding dengan negara-negara lain, tol yang kita kenakan adalah pada masa ini termasuk di Lebuh Raya Utara-Selatan adalah yang termurah sekali,'' katanya.

Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa mengadakan lebuh raya bertol adalah satu cara kita mengurangkan kemalangan jalan raya tetapi parti lawan, DAP terutamanya, disokong oleh Pas dan beberapa NGO lain lebih suka melihat orang dibunuh daripada menyelamatkan orang itu dengan mengadakan jalan yang lebih baik.

Menjawab pertanyaan mengenai sumbangan projek itu kepada pembangunan di Pantai Timur, Perdana Menteri berkata, projek LPT dapat memberi manfaat yang boleh dinilai kepada rakyat yang mempunyai tanah di kawasan pedalaman sebelum ini.

Menjawab satu pertanyaan lain mengenai projek menaikkan taraf Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu, Dr. Mahathir berkata, kerajaan sedang membuat tawaran bagi membina dan memperbesarkan lapangan terbang berkenaan.

Oleh: AMIR SARIFUDIN, YAHAYA AHMAD dan RADHUAN HUSSAIN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.