saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/08/1999

Retro lahirkan muzik lebih progresif


RETRO... melihat kehadiran muzik bukan sekadar hiburan semata-mata.


Retro, sebuah kumpulan muzik baru bernaung di bawah bumbung syarikat rakaman antarabangsa EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. melihat kehadiran muzik bukan sekadar hiburan semata-mata.

Sebaliknya, iltizam mereka ialah untuk menjadikan muzik sebagai satu profesion dan kerana itu, mereka memberanikan diri melahirkan suatu muzik yang sifatnya agak pelik.

Pelik yang dimaksudkan ialah kumpulan ini melahirkan muzik seperti mana yang cukup popular di sekitar tahun 70-an. Bagaimanapun, muziknya disusun dan diatur dengan lebih progresif.

Retro dianggotai oleh Zamani Abdul Rahman (Man - gitar utama), Yusaszly Mohd. Yousuf (Boy- vokalis), Ghazali Hassan (Toyok - pemain bass) dan Norhisham Mohd. Bakri (Sham - pemain deram) dan mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka mahu menampilkan muzik yang sifatnya pelik.

Kata mereka, aliran muzik yang mereka bawakan cukup berlainan kerana mereka enggan menjejaki muzik tipikal kumpulan yang sedia ada dalam industri muzik tanah air khususnya pop dan rock ataupun alternatif.

''Di negara ini, mungkin cara ini agak berlainan namun di Amerika Syarikat, kumpulan seperti Cake yang terkenal dengan lagu I Will Survive sudahpun memulakannya.

''Kejayaan itu sedikit sebanyak mendorong kami untuk melakukan perubahan itu dan kami amat mengharapkan ia akan menghasilkan maklum balas yang baik daripada peminat seni,'' ujar mereka.

Selain daripada itu Retro juga menjelaskan, dari segi muzikal dan lirik, mereka tidak mengetengahkan sesuatu yang berat tetapi memberikan gambaran ibarat sebuah party band yang mengetengahkan konsep serta mood yang gembira melalui melodi yang agak funky.

Tidak cukup dengan itu, kumpulan ini juga mahu menghidangkan sesuatu yang bersifat baru selaras dengan kehadiran alaf baru tahun 2000 yang bakal hadir tidak lama lagi.

Dalam album sulung kumpulan itu yang bakal diedarkan pada 28 Ogos depan, kumpulan ini mengetengahkan 12 buah lagu untuk dijadikan sebagai halwa telinga khusus untuk peminat seni tanah air.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Ke Akhir Sejahtera, Ini Bukannya Mimpi, Warisan Pujangga, Tak Mengapa (lagu popular A. Rahman Hassan) dan banyak lagi lagu menarik yang lain. - DEAN.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.