saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 03/08/1999

Malaysia 0 Indonesia 6


PEMAIN Malaysia tertunduk muram selepas dibelasah teruk 0-6 oleh Indonesia pada perlawanan bola sepak kumpulan B Sukan SEA XX Brunei di Stadium Balapan dan Padang, Bandar Seri Begawan, semalam.


TUAH yang diharap, bala pula yang menimpa. Begitulah nasib skuad bola sepak Malaysia apabila dibelasah teruk 6-0 oleh Indonesia pada bola sepak Sukan SEA XX Brunei semalam, sekali gus menguburkan impian besar skuad negara untuk melangkah ke separuh akhir.

Kekalahan terbesar pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Balapan dan Padang itu, adalah yang pertama dalam sejarah pertemuan dengan Indonesia dalam Sukan SEA sejak 1977.

Sebelum ini, Malaysia tewas 0-4 kepada skuad republik itu pada temasya 1997 di Jakarta dalam perlawanan kumpulan. Kini Malaysia sudah boleh dianggap menempah kegagalan kali kelima berturut-turut untuk ke separuh akhir dalam Sukan SEA sejak 1991.

Dua gol awal Indonesia dalam tempoh sepuluh minit permainan menerusi Hariyanto Prasetyo dan penyerang lincah, Rochi Putiray, dianggap detik kemusnahan skuad negara yang mempamerkan persembahan tidak bermaya sepanjang perlawanan.

Biarpun berjaya mengekang Indonesia dengan dua gol pada babak pertama itu, Malaysia tidak berupaya menahan asakan menggila Indonesia yang mudah menambah empat gol lagi pada babak kedua.

Pemain pra-Olimpik Indonesia, Bambang Pamungkas menyumbangkan dua gol berturut-turut dalam tempoh tujuh minit selepas babak kedua baru bermula enam minit, sebelum Ali Sunan menambah derita skuad negara dengan gol kelima 20 minit selepas itu.

Putiray menghentikan 'hukuman' ke atas Malaysia dengan jaringan penutup enam minit sebelum tamat permainan untuk Indonesia mencatat sejarah tersendiri berkenduri gol ke atas Malaysia buat pertama kali.

Anak buah Abd. Rahman jelas tidak mampu menyaingi pemain 'Indonesia yang beraksi pantas dengan sistem yang teratur, hasil percaturan jurulatih dari Jerman, Bernhard Schumm.

Kepantasan dan kelicikan pemain Indonesia yang menguasai bahagian tengah melancarkan lagi jentera serangannya mengenakan hukuman setimpal dengan kerapuhan benteng Malaysia.

Skuad negara hanya meyakinkan dalam tempoh lima minit pertama permainan tetapi tiba-tiba hilang rentak apabila banyak membuat kesilapan di bahagian pertahanan.

Kesilapan pertama pada minit kelima mengundang padah apabila sepakan percuma yang dihadiahkan di luar kotak penalti Malaysia tidak disia-siakan Heriyanto yang membuat tendangan lencong tepat ke penjuru gawang Malaysia, langsung gagal dikuis Azmin Azram Aziz untuk gol pembukaan Indonesia.

Tiga minit kemudian, Rochi yang menjadi tumpuan sepanjang permainan, langsung tidak dikawal mudah menanduk masuk gol kedua.

Malaysia bagaikan diperbudak-budakkan apabila langsung gagal memegang lama bola apalagi mencipta peluang.

Barisan pemain tengah Yap Wai Loon, B. Rajinikandh dan Ahmad Shahrul Azhar langsung tidak dapat menggerakkan serangan, menjadikan dua penyerang, Azizul Kamaluddin dan Wan Rohaimi lebih banyak berlari mengejar bola.

Kawalan pemain yang longgar, hantaran yang tidak tepat merupakan faktor utama skuad negara bagaikan sebuah pasukan kelab amatur. Empat gol pada babak kedua menerusi Bambang, Ali dan Putiray bagaikan lanjutan hukuman ke atas kegoyahan benteng Malaysia.

Kegagalan skuad negara boleh dianggap menutup terus peluang untuk ke separuh akhir, kecuali kemenangan dalam dua lagi perlawanan menentang Kemboja (Rabu) dan Brunei (Jumaat) sambil mengharapkan sesuatu berlaku ke atas Singapura dan Indonesia.

MALAYSIA: Azmin Azram Aziz, V. Thinagaran, Abdul Ghani Malek, Khairul Anuar Baharom (M. Karunakaran), Nazri Yunos (Asmawi Bakiri), B. Rajinikandh, Yap Wai Loon, Ahmad Shahrul Azhar, Wan Rohaimi Ismail (Rusdi Suparman), Azizul Kamaluddin.

INDONESIA: Komang Putra, Aji Santoso (Anang Ma'ruf), Acung Setiyabudi, Sugi Yantoro, Eko Purjianto, Ali Sunan, Hariyanto Prasetyo (Uston Nawawi), Andrian Mardiansyah, Nur Alim, Bambang Pamungkas (Widodo Chahyono Putro), Rochi Putiray.

Sementara itu di Kompleks Sukan Berakas, Kemboja berjaya mengikat tuan rumah 3-3 dalam satu lagi perlawanan kumpulan B. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.