saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 04/08/1999

Anak Emas Raub menang Pekan Teater Pahang

DRAMA Vakum berjaya membawa Kumpulan Anak Emas Raub menjuarai Pekan Teater Pahang 1999 yang berlangsung di Auditorium Taman Budaya Negeri, Kuantan, baru-baru ini.

Kumpulan itu yang juga johan tahun lalu berjaya mengetepikan tujuh kumpulan lain yang turut berentap dalam pekan teater kali ini.

Kemenangan itu membolehkan Anak Emas Raub menggondol wang tunai RM1,500, sebuah piala pusingan Pengerusi Persatuan Teater Pahang (Pertapa), Datuk Mustafar Abu Bakar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tioman dan hadiah iringan.

Kumpulan ini akan mewakili Pahang ke peringkat zon selatan bersama Terengganu, Sabah dan Johor yang dijadualkan berlangsung di Johor Bahru September atau Oktober ini.

Naib johan disandang oleh Persada Sari dari Institut Teknologi Mara (ITM) cawangan Pahang dengan membolot wang tunai RM750 yang mempersembahkan drama Uda dan Dara.

Manakala tempat ketiga diraih oleh Maktab Rendah Sains Mara (Maresma) Kuantan yang memenangi wang tunai RM500 serta hadiah iringan dengan drama berjudul Pasrah.

Pengarah Terbaik dimenangi Shahrudin Manas dari Persada Sari ITM sementara Anak Emas Raub turut menggondol Hadiah Teknik Terbaik. Kategori itu menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM500.

Pelakon Lelaki Terbaik dan Wanita Terbaik masing-masing disandang oleh Shamsuddin Yusof dan Rina Mohd. Nawi dari Anak Emas Raub yang menawarkan wang tunai RM300.

Bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik diraih oleh Mohd. Al-Ashib Muhamed Daud (Persada Sari ITM) dan Sharlinda Ishak (Maresma).

Anugerah Khas Juri dimenangi oleh Kumpulan Kelisa dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Pahang dengan drama Hikmah.

Panel ialah Dr. Samat Salleh dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, Amran Nasaruddin dan Mohd. Amin Mohamad. Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin.

Pekan Teater Pahang '99 itu dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Pahang (JKKP) berlangsung selama tiga hari.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.