saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 08/08/1999

Detik bersejarah buat Brunei

BRUNEI Darussalam mengorak langkah sulungnya selaku tuan rumah temasya sukan terbesar Asia Tenggara, Sukan SEA XX selepas menunaikan upacara perasmiannya di Stadium Nasional Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, semalam.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Sultan Omar Ali melakukan upacara tersebut tepat jam 9.45 malam sekali gus mengakhiri penangguhan tanggungjawab negara itu yang sepatutnya bergelar tuan rumah ketika Sukan SEA 1983 lagi.

Brunei tidak dapat menjadi penganjur ketika itu kerana masalah kekurangan kemudahan gelanggang selain sibuk menguruskan usaha untuk mencapai kemerdekaan daripada Britain, setahun kemudian.

Namun semalam turut tercatat sebagai detik bersejarah buat negara yang kaya dengan minyak ini apabila menjadi tuan rumah Sukan SEA terakhir sejak diasaskan pada 1959 di Bangkok, sebelum dunia memasuki alaf dan abad baru, 2000.

Perasmian edisi ke-20 ini juga menandakan bermulanya pemburuan 235 pingat emas, 235 perak dan 319 gangsa oleh 2,347 atlet dari 10 negara Asia Tenggara.

Upacara penuh meriah dan gilang-gemilang semalam mengesahkan kesungguhannya untuk turut menyertai enam jiran di rantau ini, Thailand, Myanmar, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina selaku negara yang pernah mengelola Sukan SEA.

Brunei memperkenalkan kali pertama maskot berupa kanak-kanak, Awang Budiman yang berpakaian Baju Melayu dan melambangkan tenaga, keceriaan dan keyakinan.

Kebanyakan tuan rumah sebelum ini memilih maskot berupa haiwan antaranya penyu (Johan) bagi Kuala Lumpur 1989, kucing Siam di Chiang Mai 1995 dan kera putih (Hanuman) di Jakarta 1997.

Pertunjukan payung terjun oleh 12 anggota Angkatan Tentera Udara Diraja Brunei dari ketinggian 4,500 kaki dan pertunjukan laser sambil diiringi irama muzik selama empat minit turut menghiasi suasana gemilang sekitar stadium.

Serentak dengan itu, obor Sukan SEA XX dibawa masuk oleh tiga atlet tuan rumah dengan diketuai oleh Awang Jabidi Ali, pesilat pemenang pingat emas temasya di Jakarta 1987.

Turut mengiringi Awang ialah Faudillah Ghani dan Dayang Umi Kalthum Karim yang kemudiannya menyalakan ke kawah besar obor.

Dayang dan Faudillah masing-masing merupakan pemenang emas dan perak, juga menerusi acara pencak silat ketika Sukan SEA di Singapura 1993 dan Kuala Lumpur 1989.

Indonesia yang bergelar tuan rumah dan juara keseluruhan temasya 1997, mendahului perbarisan kontinjen negara peserta, diikuti dengan Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan tuan rumah.

Bagaimanapun Thailand kali ini muncul negara yang menghantar kontinjen terbesar membariskan 449 orang yang terdiri daripada 351 atlet dan 98 pegawai.

Malaysia pula mengirim seramai 417 orang (328 atlet dan 89 pegawai) dengan penyertaan dalam kesemua acara sukan kecuali perahu tradisional.

Kontinjen negara yang diketuai oleh Sieh Kok Chi selaku chef-de-mission, menetapkan sasaran meraih 34 pingat emas dengan tumpuan diberikan kepada olahraga, renang, karate, skuasy dan boling padang.

Petinju pemenang emas Sukan Komanwel XVI tahun lalu, Sapok Biki dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang ketika kontinjen negara membuat lintas perbarisan hormat, diiringi lagu 'Malaysia Jaya'.

Temasya kali ke-20 ini menampilkan 21 acara iaitu biliard dan snuker, boling padang, tinju, lumba basikal, bola sepak, golf, hoki, karate, pencak silat, sepak takraw, menembak, perahu tradisional, skuasy, renang, pingpong, taekwondo, tenis, boling, olahraga, badminton, bola keranjang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.