saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/08/1999

Spoon rakam album terbaru


KUMPULAN SPOON.


Kehadiran Spoon dengan lagu yang mendayu-dayu itu juga menjadi ikutan kepada banyak kumpulan lain yang muncul selepas itu.

Malah penerimaan peminat terhadap Spoon di masa ekonomi dilanda kegawatan juga memberi semangat untuk syarikat rakaman menerbitkan album seumpamanya.

Setelah lebih setahun muncul dengan album sulung, Spoon kini bersedia untuk memeriahkan industri muzik dengan album terbaru mereka yang dinanti-nantikan oleh peminat.

Lagu Memori Sekuntum Rindu diibaratkan sebagai kesinambungan dari lagu Rindu Serindu Rindunya kerana ia menggandingkan komposer yang sama iaitu Eddie Hamid dan Man Toba.

Spoon sendiri berdebar menanti reaksi peminat kerana kekuatan lagu Rindu Serindu Rindunya yang berjaya menambat hati banyak pihak.

''Saya takut peminat terpengaruh dengan lagu itu di dalam menerima lagu-lagu terbaru dari kami,'' kata penyanyi utamanya, Along.

Namun Along berkata dia telah memberikan persembahan terbaik di dalam memastikan album kedua mereka turut mendapat sambutan daripada peminat.

Dia sedar peminat tentunya mahukan lagu terbaik dari Rindu Serindu Rindunya. Lagu ciptaan Eddie itu disandarkannya.

Malah Eddie sendiri terpaksa lebih kreatif di dalam menghasilkan lagu untuk Spoon kerana tidak mahu dibayangi oleh lagu tersebut.

Album keduanya agak lama jarak berbanding album sulung kerana pihak syarikat mahu memastikan album tersebut mempunyai mutu yang selayaknya.

Tambahan pula Spoon dan Eddie menghadapi masalah pada peringkat awal ekoran sedikit perselisihan faham.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.