saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 17/08/1999

Mohamed Jamil Timbalan Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR, 16 Ogos - Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Di raja Malaysia (PDRM), Datuk Mohamed Jamil Johari dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 3 Ogos lepas.

Mohamed Jamil, 52, yang dilahirkan di Kuching, Sarawak mengambil tempat Tan Sri Norian Mai yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara ekoran peletakan jawatan Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Pelantikan itu mengakhiri spekulasi di kalangan pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan kekosongan jawatan kedua tertinggi dalam perkhidmatan polis, sejak April lalu.

Selain itu ia juga menamatkan tradisi kerana sebelum ini biasanya mereka yang dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Polis Negara ialah daripada Cawangan Khas atau Jabatan Siasatan Jenayah.

Pelantikan Jamil diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Cawangan Perhubungan Awam Bukit Aman, di sini hari ini.

Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis berkata, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Mohamed Jamil atas perakuan suruhanjaya berkenaan dan dengan nasihat Perdana Menteri.

Sebelum ini empat nama lain disebut-sebut sebagai calon untuk jawatan tersebut.

Kesemua mereka juga mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ketenteraman awam dan kepolisan.

Mohamed Jamil berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi dan juga memiliki Sarjana dalam bidang Sains Politik serta Diploma Pendidikan.

Beliau pernah menghadiri pelbagai kursus di dalam dan luar negara, antaranya kursus perisikan untuk pegawai kanan (1981) dan Wolfson Course (1989), kedua-duanya di United Kingdom.

Antara kursus dalam negara yang pernah diikutinya ialah dalam pengurusan pentadbiran dan pengurusan krisis di Maktab Polis Kuala Kubu Baharu serta Kursus Pegawai Kanan Cawangan Khas di Sekolah Cawangan Khas.

Beliau mula berkhidmat dengan pasukan polis pada 1971 sebagai Kadet Asisten Supritendan Polis (ASP) sebelum memegang jawatan pertamanya sebagai Pegawai Turus Tadbir/Jawatan Bahagian Kuching (1972).

Antara jawatan lain yang pernah disandangnya ialah Ketua Polis Daerah Bentong (1979), Ketua Polis Daerah Kuantan (1980) dan Timbalan Ketua Cawangan Khas Bahagian Sarawak (1982).

Selain itu sebagai Asisten Komisioner (ACP) Pentadbiran Sarawak (1983), Ketua Cawangan Khas Sarawak (1985), Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak (1987) sebelum bertukar ke ibu kota sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (I) Bukit Aman (1991).

Beliau kemudiannya bertukar ke Sabah sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah (1992) dan bertukar semula ke Kuala Lumpur sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman (1994) sehingga pelantikan terbarunya ini.

Mohamed Jamil yang mempunyai seorang isteri dan empat orang anak, mempunyai hobi memancing, tenis dan golf.

Mohamed Jamil yang dihubungi petang ini bagaimanapun enggan mengulas mengenai pelantikannya, selain berkata: "Berilah saya sedikit masa..."

Berikutan pelantikan itu, menurut Abdullah, beberapa pertukaran akan berlaku di peringkat tertinggi PDRM tidak lama lagi.

Adalah difahamkan sekurang-kurangnya tiga ketua polis negeri dijangka terlibat dalam pertukaran itu nanti.

Jawatan Pengarah Pengurusan dijangka diisi oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Hamid Mustapha.

Manakala Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Datuk Ghazali Yacub yang bersara Julai lalu dijangka diganti oleh Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) Datuk Mohamad Bakri Omar dan tempat beliau akan diganti oleh Pengarah Narkotik, Datuk Mohd Salleh Mat Som.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zuhur 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.