saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 18/08/1999

Taufiq Ismail melahirkan puisi berkhabar

''Substansi puisi saya adalah angan-angan, kenyataan, kepekaan, kekenyangan, kelaparan, ngeri, seri, cinta, keasyikan, penindasan, penyesalan, kecongakan, kebebalan, tekad, ketidakpastian, kelahiran, maut, kefanaan - semuanya berbaur lensa luar biasa lebar tempat kita bersama membaca panorama kehidupan masa kini dan sejarah masa lalu lewat sudut pandang berbeza.''

Dalam antologi puisi yang memuatkan 100 puisinya berjudul Malu (Aku) Jadi Orang Indonesia (MAJOI) akan dapat memperlihatkan pemikiran Taufiq terhadap dunia sekitarnya, malah negaranya sendiri.

Taufiq adalah penyair yang sangat peka dengan sejarah kerana riwayat hidup peribadinya memang sarat dengan pengalaman sejarah serta keterlibatannya dalam banyak hal. Beliau turut terlibat dalam menandatangani Manifes Kebudayaan pada 1963 tetapi diharamkan pada 1964.

Dalam masa yang sama permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dibatalkan dan dibuang kerja dari Institut Pertanian Bogor. Rentetan itu, timbul rasa tidak puas hati dan beliau menentang segala bentuk penindasan. Kumpulan puisinya Tirani dan Benteng (TB) yang ditulis pada 1966 adalah protes terhadap Orde Lama, gugatan pada keangkuhan kekuasaan politik.

Adapun MAJOI adalah protes terhadap Orde Baru, gugatan kepada kebobrokan akhlak yang lebih luas dari sekadar kekuasaan politik. Kata Taufiq;

''langit akhlak roboh, di atas negeriku berserak-serak / Hukum tak tegak, duyung berderak-derak...''

Seratus puisinya ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Malu Aku Jadi Orang Indonesia sebanyak 46 puisi yang ditulis antara Mei hingga I Oktober 1998, Kembalikan Indonesia Padaku sebanyak 44 puisi ditulis antara 1966 - 1997 dan Sejarah Peniti, Sepunggung Gunung sebanyak 10 puisi yang ditulis antara 1986 hingga 1995.

Pada bahagian MAJOI puisi bertajuk Bayi Lahir Bulan Mei 1998 amat menguris hati yang menceritakan tentang generasi baru Indonesia. Ini berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian penulisnya. Perhatikan puisi yang mengandungi 16 baris itu;

Dengarkan itu ada bayi mengea di rumah tetangga

suaranya keras, menangis berhiba-hiba

begitu lahir ditatang tangan bidannya

langsung dia memikul hutang

di bahunya

rupiah sepuluh juta.

Kalau dia jadi petani di desa,

dia kan mensubsidi harga beras orang kota,

kalau dia jadi orang kota,

dia akan mensubsidi bisnes pengusaha kaya,

kalau dia bayar bajak,

pajak itu mungkin jadi peluru runcing

ke pangkal aortanya dibidikkan mendesing.

Cubalah nasihati bayi ini dengan penataran juga,

mulutmu belum selesai bicara,

kau pasti dikencinginya.

Imej suram dengan perilaku negatif seperti pragmatisme, hutang Indonesia, korupsi, keserakahan penguasa dan pengingkaran Undang-Undang Dasar yang merupakan kegelisahan kolektif juga menjadi topik MAJOI. Sebaliknya ada juga imejan tentang perilaku positif seperti kejujuran, taubat dan demokrasi.

Di bahagian kedua dapat dilihat bagaimana penyair ini menyuarakan gerak hatinya dalam bahasa yang amat memikat. Kembalikan Indonesia Padaku memperlihatkan ketajaman pemikiran Taufiq sebagai penelaah masyarakat dan penghuni bumi Indonesia.

(Kepada Kang Ilen)

Hari depan Indonesia adalah dua ratus juta mulut yang menganga,

Hari depan Indonesia adalah bola-bola lampu 15 wat,

sebahagian berwarna putih

dan sebahagian hitam,

yang menyala bergantian

Hari depan Indonesia adalah

pertandingan ping pong siang malam

dengan bola yang bentuknya seperti telur angsa,

Hari depan Indonesia adalah pulau

Jawa yang tenggelam kerana seratus juta penduduknya,

Kembalikan Indonesia padaku....

Puisi-puisi Taufiq memiliki keistimewaan yang tiada bandingan, bersesuaian dengan hujjahannya bahawa dia adalah penulis puisi khabar, kritikan sebenarnya.

Oleh: SITI ROHAYAH ATTAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.