saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/08/1999

G.I.M tampil imej bersih


KUMPULAN G.I.M.


Mereka sentiasa tampil dengan solekan, pakaian dan gaya yang sama setiap kali muncul mengadakan sesi fotografi dan persembahan.

Lima remaja itu dididik agar tidak merasakan diri mereka mempunyai kelebihan, berbanding anggota lain dalam pelbagai aspek.

Malah, Pengarah Urusan Cempa Murni, syarikat tempat mereka bernaung, Linda Rafar menggunakan pengalaman bersama kumpulan Elite untuk mendidik G.I.M.

''Linda telah mengalami pengalaman itu dan dia curahkan kepada kami,'' kata salah seorang anggota G.I.M, Diana.

Mereka juga merasa senang apabila tampil dengan imej yang sama kerana sedikit sebanyak menampakkan kelainan dengan kumpulan lain.

''Banyak yang mengatakan kami nampak kebudak-budakan dan sebenarnya ia sesuai dengan imej remaja yang kami tampilkan,'' kata mereka.

Sementara itu, setelah tiga bulan album sulung berada di pasaran, G.I.M mula merasakan kehadiran mereka diterima oleh peminat.

''Walaupun baru tampil dengan satu album kami mendapati peminat telah mengenali kami apabila muncul mengadakan persembahan promosi,'' kata mereka.

Sementara itu, populariti lagu Pertemuan Cinta dan Sepi telah mengetengahkan nama G.I.M di kalangan penganjur pertunjukkan pentas.

Mereka kini semakin banyak undangan mengadakan persembahan dan berpe-luang menghibur peminat di Brunei penghujung bulan ini.

Ditanya mengenai imej, mereka sentiasa berimej remaja yang sihat dan terhindar daripada gosip liar.

''Kami sentiasa tampilkan imej bersih setiap kali muncul mengadakan persembahan,'' ujar mereka.

G.I.M mula senang apabila kehadiran mereka kini tidak lagi dibandingkan dengan kumpulan wanita lain sebagaimana dialami mereka pada awal kemunculan.

''Dulu kami sering dibandingkan dengan kumpulan Elite dan kini kami mampu mencipta identiti sendiri,'' ujar mereka.

G.I.M juga menyimpan cita-cita untuk muncul sebagai salah sebuah kumpulan terbaik di negara ini.

Namun mereka tidak mahu menyaingi sesiapa kerana kemunculan mereka untuk bersaing secara sihat bukannya untuk menenggelamkan mana-mana kumpulan lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.