saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 10/09/1999

Mudzar terima bonus paling tinggi

PENJAGA gol utama Pahang, Mudzar Mohamad menjadi penerima jumlah paling tinggi dengan meraih RM16,400 dalam senarai 24 pemain yang menerima bonus daripada Persatuan Bolasepak negeri Pahang (PBNP), lapor BORHAN ABU SAMAH.

Mudzar, yang disifatkan penjaga gol paling konsisten dalam skuad Tok Gajah berbanding Zuraimi Hassan sering diturunkan walaupun beberapa kali mengadu cedera.

Majlis penyampaian bonus di Kuantan kelmarin dilakukan oleh Timbalan Presiden PBNP, Tengku Muda Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan ia dihadiri oleh semua pemain.

Bonus yang keseluruhannya berjumlah RM269,000 dibayar kepada pemain dan pegawai berikutan muncul juara Liga Malaysia selain layak ke pertandingan Piala Malaysia.

Tengku Abdul Rahman dalam sidang akhbar di Kuantan selepas itu berharap para pemain akan memberi komitmen sepenuhnya bagi mengharungi persaingan Piala Malaysia.

''Saya juga mengucapkan terima kasih kepada para pemain yang terus bersabar menunggu bayaran bonus mereka dan terus bermain dengan baik,'' katanya.

Sebelum ini, kebanyakan pemain Pahang merungut kerana PBNP lewat membayar bonus sebagaimana yang telah dijanjikan oleh persatuan.

Tengku Abdul Rahman berharap kejayaan yang dicapai oleh pasukan Pahang akan dapat menarik lebih ramai peminat untuk membanjiri Stadium Darulmakmur untuk menyaksikan pasukan mereka beraksi.

PBNP bagaimanapun enggan mendedahkan butiran penuh senarai pemain dan kakitangan serta jumlah bonus yang diterima para pemain.

Pada majlis yang sama, Tengku Abdul Rahman mengumumkan khidmat jurulatih Fuzzemi Ibrahim yang mengambilalih tugas daripada Alan Davidson dilanjutkan setahun lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.