saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 11/09/1999

Program perpaduan antara kaum mesti ditingkatkan

Oleh: LEE LAM THYE
MALAYSIA pada hari ini, adalah satu-satunya negara yang boleh dijadikan contoh di dunia ini bagaimana rakyat yang berbilang kaum dapat hidup bersama di dalam kedamaian dan harmonis dan berusaha bersama-sama untuk kemajuan dan kesejahteraan negara ini.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum, agama dan bahasa, Malaysia sesungguhnya adalah negara yang sangat unik di dalam membuktikan bagaimana kepelbagaian kita dapat disatukan dan dijana untuk membangunkan negara.

Walaupun terdapat pegangan politik dan pandangan yang berbeza, kita dapat menerima perbezaan tersebut dan menghormati di antara satu sama lain.

Masyarakat kita adalah masyarakat yang toleran, bertolak ansur dan hormat-menghormati, dan kita perlu memupuk dan mengeratkan lagi persefahaman dan kepercayaan di antara kaum di negara ini.

Setelah mencapai kemerdekaan lebih dari 41 tahun yang lalu, kita harus meneruskan dengan lebih gigih lagi usaha membangunkan negara yang berbilang kaum ini ke arah negara Malaysia yang bersatu dengan semangat senegara senasib dan masa hadapan bersama.

Salah satu dari cabaran yang paling besar digariskan di dalam Wawasan 2020 ialah bagaimana hendak membangunkan negara Malaysia bersatu ''Satu negara yang aman, bersatu padu di antara wilayah dan kaum-kaum di dalamnya, hidup di dalam harmoni dengan perkongsian penuh dan adil, dan terdiri dari satu 'Bangsa Malaysia' yang taat dan setia kepada negara ini''.

Persefahaman dan perpaduan adalah sangat penting dan merupakan faktor utama kejayaan Malaysia. Sama ada Malaysia akan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 bergantung kepada beberapa faktor, dan yang terpenting adalah persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyatnya.

Oleh yang demikian persefahaman dan perpaduan perlu dijadikan asas kepada semua aktiviti oleh semua sektor di dalam negara ini. Rakyat perlu memahami peranan dan sumbangan mereka terhadap perpaduan negara yang merupakan tonggak asas pembangunan negara. Pembangunan negara tidak akan bermakna tanpa persefahaman, harmonis, tolak ansur dan kepercayaan di kalangan rakyat yang berbilang kaum.

Sifat perkauman dan pertentangan yang serupa adalah merupakan penghalang yang besar terhadap perpaduan negara dan setiap rakyat Malaysia hendaklah bertekad untuk memerangi sifat perkauman ini sama seperti kita memerangi ancaman dari penyalahgunaan dadah.

Proses untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang bersatu adalah proses yang berterusan dan apa yang telah kita capai setakat ini hendaklah dipelihara dan dibajai supaya lebih subur.

Supaya proses itu tidak cacat atau cela maka para pemimpin, perancang dan pelaksana rancangan hendaklah komited terhadap prinsip bahawa pemikiran dan amalan mereka selalu berpandukan dan ditentukan oleh peraturan dan tata amalan Rukun Negara dan kemuliaan Perlembagaan Negara.

Semua rancangan untuk pembangunan, perindustrian dan pemulihan (terhadap ketidakseimbangan) sosial hanya akan memberi makna sekiranya ia digubah dengan semangat untuk mencapai perpaduan negara.

Program-program yang dirancang untuk rakyat hendaklah terus digubah dengan tujuan untuk memupuk dan menyemai semangat perpaduan dan kecintaan serta ketaatan kepada negara, dan kebanggaan menjadi rakyat Malaysia. Semangat patriotik (cintakan tanah air) hendaklah sentiasa dipupuk dan dibajai. Dan rakyat hendaklah terus mengeratkan perpaduan kaum dan toleransi terhadap kepercayaan (agama) masing-masing pada semua peringkat.

Apabila kita menyambut satu lagi tahun kemerdekaan dan bersedia untuk memasuki alaf baru, usaha untuk menjadikan Wawasan 2020 satu kenyataan menghadapi cabaran yang lebih besar kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda yang akan menjadi pemimpin negara di masa hadapan.

Walau bagaimanapun saya ingin memberi pandangan di sini bahawa laungan slogan Wawasan 2020 sahaja tidak memadai untuk mencapai hasrat yang terkandung di dalam wawasan tersebut. Begitu juga nyanyian lagu-lagu patriotik juga tidak akan dapat membantu.

Apa yang diperlukan ialah disiplin, kerja kuat, kecekapan, inovasi dan semangat untuk melakukan yang terbaik oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa kerana inilah faktor yang akan memastikan kejayaan dan mendatangkan hasil.

Saya percaya Wawasan 2020 boleh dicapai, tetapi hanya dengan semangat perpaduan dan bekerjasama tanpa batasan, dan disiplin yang kuat di kalangan tiga pihak yang berkenaan iaitu kerajaan, sektor swasta dan rakyat jelata - berpegangan tangan bekerjasama untuk mencapai hasrat yang sama.

Pihak kerajaan perlulah komited terhadap tanggungjawab sosial untuk bersikap adil dan toleran, dan komited terhadap masyarakat yang bermoral dan beretika, dan yang bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Dan kepada pihak swasta pula, mereka perlulah komited terhadap tanggungjawab korporat dengan pentadbiran korporat yang baik di samping memberikan sumbangan sosial kepada negara, sebagai warganegara korporat yang bertanggungjawab.

Kepada rakyat pula, mereka perlu mempunyai semangat kebangsaan dan patriotik, bersedia membawa pembaharuan, tekun dan sentiasa bersedia untuk menyumbangkan yang terbaik di dalam bidang masing-masing sebagai sumbangan kepada pembangunan negara.

Pada tahun-tahun yang akan datang, pewujudan dan pemeliharaan perpaduan negara perlu diberikan keutamaan yang paling tinggi kerana perpaduan sangat penting untuk memastikan pertumbuhan Malaysia sebagai negara yang selamat, aman, progresif dan bersatu.

Komitmen sepenuhnya adalah perlu dari kerajaan, pem-bangkang dan setiap rakyat Malaysia, termasuk pelbagai kesatuan, untuk terus berusaha kepada perpaduan negara dan pembangunan sebuah negara Malaysia dengan satu bangsa Malaysia yang boleh kita banggakan.

LEE LAM THYE adalah seorang aktivis sosial.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.