saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/09/1999

Bintang RTM diwujudkan semula

Bintang RTM diakui mampu mencungkil bakat baru yang berkaliber kerana ia menjalani pemilihan rapi setelah menjalani beberapa peringkat saringan.

Nama-nama seperti Jamal Abdillah, Sudirman Haji Arshad, Ramlah Ram, M. Rizal, Rohana Jalil, Rosemaria Abdul Hamid Juliza Adlizan, Noraliza Yusof dan lain-lain adalah antara penyanyi yang lahir menerusi pertandingan itu.

Kali terakhir RTM menganjurkan Bintang RTM ialah pada tahun 1986 yang menonjolkan penyanyi Noraliza Yusof sebagai juara.

Rancangan tersebut diberhentikan sementara kerana memberi laluan kepada beberapa siri pertandingan lain yang dianjurkan di RTM antaranya Suara 90-an, Bintang HMI, Golden Teen Search dan Bintang Gala 2.

Sebagaimana format pertandingan terdahulu, RTM melalui cawangannya di seluruh negara telah mengadakan saringan di peringkat negeri sebelum menyenaraikan peserta yang layak ke peringkat suku akhir.

Sebanyak 40 peserta layak ke peringat suku akhir daripada hampir 4,000 penyertaan peringkat awal. Rancangan pertama akan disiarkan secara mingguan mulai 19 September pada waktu perdana.

Daripada 40 peserta itu sebanyak 24 peserta akan bertanding sekali lagi di peringkat separuh akhir dan hanya lapan peserta berentap di peringkat akhir.

Setiap peserta akan diiringi secara langsung oleh Orkestra RTM sepanjang pertandingan berlangsung untuk menguji kewibawaan peserta.

''Kami harap akan dapat mencungkil banyak bakat baru melalui pertandingan ini,'' kata penerbit siri pertandingan itu, Jack Nadarajah.

Menurut Jack, RTM telah menjalankan uji bakat sejak awal tahun ini di seluruh negara kerana mahu memastikan hanya peserta yang benar-benar layak sahaja menyertainya.

RTM juga mengenakan syarat had umur antara 17 hingga 27 tahun bagi menyertai pertandingan berprestij itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.