saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/09/1999

Retro mahu beri kelainan


KUMPULAN RETRO.


Seiring dengan nama kumpulan mereka Retro, muzik retro itu sendiri menggambarkan hala tuju kumpulan ini untuk kembali menghangatkan suasana dengan irama lama.

Menurut empat anak muda yang menganggotai kumpulan ini, mereka memilih muzik sedemikian kerana mahu membawa perubahan dalam persada muzik tempatan.

Keempat-empatnya sepakat tidak mahu sekadar mengikut arus perdana pasaran muzik, sebaliknya lebih gemar bergelar perintis dalam bidang muzik.

Kumpulan Retro dianggotai oleh Boy sebagai vokalis, Sham (pemain drum), Toyok (bass) dan Man (gitar). Album sulung mereka yang berjudul Retro telah pun dipasarkan sejak 24 Ogos lalu.

Menurut Sham, sebagai kumpulan baru, mereka perlu tampil dengan persembahan yang berbeza, gaya muzik yang berlainan dan kekuatan tersendiri.

Lebih jauh daripada itu, mereka bercadang memperkenalkan gaya muzik baru yang diharapkan dapat mewarnai dan menguasai persada muzik tempatan.

''Kami tidak mahu terikut-ikut dengan persembahan muzik yang serupa kerana kami berpendapat, sebagai orang baru dalam bidang ini, Retro perlukan kelainan,'' ujar Sham.

Katanya, meskipun belum mampu mengumpul peminat yang ramai , sambutan awal yang ditunjukkan oleh peminat setiap kali mereka muncul mengadakan persembahan dan promosi, amat menggalakkan.

''Dengan sambutan yang ditunjukkan oleh peminat, ia memberi doro-ngan kepada kami untuk kembali mempopularkan irama ini,'' ujar Sham.

Bagaimanapun tambah Sham, mereka sukar menerima tanggapan bahawa irama 60-an dan 70-an lebih mudah dihasilkan berbanding de-ngan muzik terkini.

''Bagi kami, menghasilkan sebuah lagu yang mengikut rentak 60-an dan 70-an lebih memerlukan susunan muzik yang kemas,'' ujar Sham.

Untuk pembikinan album tersebut, Retro mengambil masa selama hampir dua tahun bagi mengumpul lagu-lagu yang sesuai termasuk empat bulan berada di studio bagi proses rakaman.

Katanya, menerusi album tersebut, Retro membawakan lagu-lagu yang berunsur riang dan sesuai dengan semua golongan.

Album sulung mereka itu diterbitkan oleh empat komposer baru iaitu Zali, Amin, Tony dan Yus yang menggelarkan diri mereka Zaty.

Kesemua lagu di dalam album tersebut adalah ciptaan baru kecuali sebuah lagu nyanyian A. Rahman Hassan, Tak Mengapa yang dinyanyikan semula oleh kumpulan ini.

Sebanyak tiga lagu telah dicipta oleh kumpulan ini iaitu Duit Al Kisah, Hey Dengarkanlah dan Buat Buatlah Sedar.

Lagu single mereka, Pedih Luka Jiwa Merana kini sedang hangat dipromosikan di radio. Selain lagu tersebut, antara lagu yang dijangka popular ialah Ini Bukannya Mimpi Lagi dan Tak Mengapa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.