saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 17/09/1999

Abdul Murad didakwa -- Bekas Penolong Gabenor Bank Negara dituduh gagal isytihar harta lebih RM23j


ABDUL Murad Khalid diiringi keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam selepas didakwa atas tuduhan gagal mengisytiharkan saham-saham Ben Harta Sdn. Bhd. dan 51 hartanah bernilai lebih RM23 juta. - Gambar ZUL AZHAR SHEBLEE


KUALA LUMPUR 16 Sept. - Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid, 46, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan gagal mengisytiharkan saham-saham Ben Harta Sdn. Bhd. dan 51 hartanah bernilai lebih RM23 juta.

Tertuduh yang kini Pengarah Eksekutif RHB Bank Bhd. mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.

Abdul Murad didakwa gagal mengikrarkan harta bernilai RM23,925,369.40 yang ketika itu dipegang oleh dua ahli perniagaan, Gan Hong Sing @ Lan Hong Sing dan Gan Sor Ting bagi faedah dirinya.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu pada pukul 11.56 pagi, 20 Ogos lalu di BNM, Jalan Datuk Onn, di sini.

Abdul Murad yang berdiri dalam kandang tertuduh kelihatan mendengar dengan teliti tuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Dia kemudian mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.

Abdul Murad ditangkap di rumahnya di Bukit Damansara di sini pagi tadi sebelum hadir di mahkamah pukul 11.20 pagi.

Dia didakwa tidak mematuhi notis yang dikeluarkan mengikut Seksyen 87(1)(c) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Notis itu menghendaki tertuduh mengisytiharkan semua hartanya (dalam dan luar negara) secara bertulis sepanjang tempoh 1 Januari 1994 hingga 6 Ogos lalu.

Harta-harta tersebut termasuk yang dimiliki oleh isteri, tanggungan atau mana-mana pihak yang memegangnya, bagi faedah dirinya.

Menurut notis itu, harta yang dinyatakan adalah berupa tanah dan nilai pasarannya, saham-saham yang tersenarai atau tidak serta sekuriti atau aset-aset lain.

Abdul Murad didakwa mengikut Seksyen 87(2)(c) akta tersebut.

Dia boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Kamaruzaman Abdul Jalil, dari BNM supaya Abdul Murad diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan Kamaruzaman yang dibantu oleh Iskandar Ismail supaya hanya RM400,000 didepositkan ke dalam bank bagi memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.

Ahmadi juga memerintahkan dokumen perjalanan Abdul Murad diserahkan sebagai syarat jaminan.

Kamaruzaman sebelum itu menyatakan, pihak pendakwa akan mengemukakan keterangan lebih 10 orang saksi.

Bagaimanapun katanya, pendakwa tidak membantah permohonan peguam M. Puravalen yang mewakili Abdul Murad supaya mahkamah menetapkan tarikh lain dahulu untuk sebutan kes.

Ahmadi kemudian menetapkan kes itu disebut pada 15 Oktober ini bagi menetapkan tarikh perbicaraan.

Pada 2 Februari lalu, BNM dalam satu kenyataan ringkas menyatakan Abdul Murad meletakkan jawatan berkuat kuasa 1 Februari, tanpa memberi alasan.

Tertuduh adalah pegawai paling kanan bank pusat itu yang meletakkan jawatan, setelah peletakan jawatan oleh Gabenor BNM, Tan Sri Ahmad Mohamed Don dan Timbalan Gabenor, Datuk Fong Weng Phak pada 1 September lalu.

Dia pernah bertanggungjawab bagi peraturan perbankan dan kawal selia di BNM dan terlibat dalam siasatan terhadap Sime Bank.

Abdul Murad menyertai BNM pada 1 April 1976 dan telah berkhidmat dengan pelbagai jabatan.

Dia mengambil alih operasi tukaran asing BNM pada lewat 1992 setelah bank itu menanggung kerugian melebihi RM9 bilion dalam kerugian atas kertas pada tahun yang sama.

Oleh: NORLIZAH ABAS

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.