saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 20/09/1999

PERASMIAN MEMORIAL DATU PADUKA MAT SALLEH, PAHLAWAN TERBILANG SABAH DI TAMBUNAN HARI INI -- Kesan rakyat bangkit lawan penjajah

SEJARAH penentangan masyarakat pribumi terhadap penjajah Inggeris di bumi Sabah menceritakan banyak rentetan peristiwa ekoran ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem dan tindak-tanduk penjajah.

Kebangkitan rakyat yang memuncak adalah kerana penjajah begitu angkuh memeras keringat masyarakat dengan membolot segala pendapatan terutama melalui pengenalan sistem cukai.

Di Sabah misalnya, faktor yang membangkitkan kemarahan di kalangan masyarakat tempatan berkait rapat dengan syarat-syarat dan peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan oleh pihak Syarikat Berpiagam (Chartered Company). Antara syarat berkenaan ialah cukai tanah, cukai kepala dan cukai beras.

Penguatkuasaan cukai-cukai tersebut telah membebankan rakyat terutamanya cukai beras. Dari tahun 1894 hingga 1900, British North Borneo Chartered Company menghadapi tentangan hebat rakyat yang diketuai oleh Datu Paduka Mat Salleh.

Muhammad Salleh atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Salleh berasal dari suku Suluk Paitan. Ayahnya, Datu Balu berkahwin dengan seorang perempuan suku Bajau Inanam manakala isteri Mat Salleh, Dayang Bandang berasal daripada keluarga Sultan Sulu di Pengalaban, Paitan.

Penentangan Mat Salleh bermula pada tahun 1894 setelah bermulanya peringkat kedua pentadbiran Syarikat Berpiagam di Sabah yang dahulunya dikenali sebagai Borneo Utara.

Syarikat Berpiagam telah mula mengetepikan perniagaannya dan memberikan perhatian yang lebih untuk menjajah Borneo Utara. Para pentadbir yang dilantik oleh syarikat ini tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam pentadbiran dan halehwal mengenai negeri-negeri di Timur.

Ketika itu perbuatan Mat Salleh memungut cukai perahu di kawasan Sugut dianggap satu jenayah oleh Syarikat Berpiagam. Tambahan pula pembunuhan dua pedagang Dayak yang terlibat dalam pergaduhan dengan pengikut Mat Salleh mengakibatkan dia dipertanggungjawabkan ke atas pembunuhan itu kerana ia berlaku di kampung halamannya.

Sejak itu, Mat Salleh telah dianggap berbahaya dan telah diisytiharkan sebagai 'pelanggar undang-undang'. Namun demikian pasu-kan mata-mata Syarikat Berpiagam itu yang diperintah untuk memburu dan menangkap Mat salleh sama ada hidup atau mati telah gagal dalam semua percubaan pada Julai 1897.

Mat Salleh telah menyerang Pulau Gaya dan memusnahkan semua kedai, pejabat dan rumah Syarikat Berpiagam sebelum menyerang pangkalan syarikat berkenaan di Jamboangan. Setelah itu Mat Salleh berundur ke Inanam dan membuat kubu pertahanan di Ulu Sungai Inanam.

Kubu ini telah diserang oleh Hewett dan Mat Salleh berjaya melarikan diri ke Ranau dan terus membina kubu pertahanan di situ. Pasukan Syarikat Berpiagam yang diketuai oleh Dounlop dan Jones telah menyerang kubu berkenaan dan beroleh kemenangan namun Mat Salleh berjaya melarikan diri.

Pada Mac 1898, Mat Salleh telah bersetuju mengadakan perundingan dengan Pengarah Urusan Syarikat Berpiagam, Cowie di Menggatal. Dalam perundingan itu, Cowie telah berjanji memberikan pengampunan sepenuhnya kepada Mat Salleh dan pengikutnya dengan syarat beliau tinggal di Lembah Tambunan.

Pada 20 April, 1898, Cowie dan Mat Salleh berjumpa semula di Menggatal buat kali kedua dan Mat Salleh menyatakan bahawa Wilayah Inanam dan Sungai Sugut adalah kepunyaannya yang diberikan oleh Sultan Brunei dan Sulu.

Mat Salleh meminta supaya pengikutnya yang dipenjara dibebaskan dan membenarkan mereka tinggal di Sungai Inanam namun tiada kata sepakat dicapai dalam perundingan itu.

Cowie, Beaufort, Wise dan Pearson tiba di Menggatal pada 22 April 1898 bersama satu pasukan polis Sikh serta askar Inggeris berbaju biru dan tentera laut dari Kapal HMS Swift.

Namun Mat Salleh dan rombongannya tiba pada lewat petang. Bagaimanapun pada 23 April 1898 satu perjanjian damai ditandatangani yang membolehkan Mat Salleh menetap di Tambunan.

Setelah selesai perundingan Mat Salleh berpindah ke Tambunan seperti yang termeteri dalam perjanjian. Di Tambunan, Mat Salleh mendirikan sebuah kubu yang lebih besar dan kukuh dari terdahulu.

Sebelum kedatangan Mat Salleh ke Tambunan, berlaku satu pertelingkahan kaum di Lembah Tambunan antara suku Tegahas dan Liwan. Mat Salleh telah memihak kepada suku Tegahas dan berlakunya beberapa siri peperangan.

Pada 23 April 1898, Mat Salleh akhirnya menyedari bahawa beliau telah diperdaya kerana persetujuan perundingannya dengan Cowie adalah berbeza dengan syarat-syarat perjanjian.

Keadaan bertambah rumit apabila satu puak meminta kebenaran kerajaan untuk mendirikan sebuah balai di Lembah Tambunan dan permintaan itu telah diluluskan. Hal ini menimbulkan kemarahan Mat salleh kerana Inggeris telah campur tangan dalam wilayahnya.

Beliau lalu mengutus surat kepada Pegawai Daerah Keningau, F.W. Fraser yang mengatakan jika kerajaan bermaksud mengambil wilayah Lembah Tambunan, maka beliau akan mengambil pekan Sandakan dan Pulau Labuan dan kerajaan tidak boleh menyalahkan tindakannya itu.

Pada 9 Disember 1898, majlis mesyuarat Gabenor Borneo Utara diadakan dan mengambil ketetapan untuk menghantar Kapten Harrington bersama pasukan polis yang kuat dari Sandakan untuk menentang Mat Salleh.

Pada 15 Disember 1899, Pengarah British North Chartered Company di London memberi perintah kepada Gabenor di Sabah supaya menyerang Mat Salleh.

Kapten Harington bersama Fraser, Dunlop, Atkinson, Conyngham dan Damsey bersama 140 askar dan sebuah meriam besar tiba di Tambunan pada 31 Disember 1899. Herington telah berjaya menawan semua kampung di sekitar kubu Mat Salleh di Tibabar.

Pada 15 Januari 1900, Kapten Harington berjaya menawan Toboh, kubu orang-orang Murut Tegas yang terletak kira-kira 900 ela dari kubu Mat Salleh. Pada 21 Januari 1900, kubu Mat Sator iaitu penolong kanan Mat Salleh yang terletak di tebing Sungai Pagalan berjaya ditawan.

Kapten Harington telah menyerang kubu Mat Salleh dari jarak jauh iaitu dengan cara menembak ke kubu berkenaan menggunakan meriam tiga hari berturut-turut dan menutup semua jalan keluar dari kubu.

Pada 31 Januari 1900, kubu Mat Salleh di Tibabar, Tambunan ditawan pihak Inggeris dan mendakwa Mat Salleh telah terbunuh dalam serangan itu.

Kisah sejarah perjuangan Mat Salleh ini telah menimbulkan kesedaran kepada rakyat negeri Sabah. Bagaimanapun generasi baru yang tidak begitu mengenali sejarah perjuangan pahlawan terbilang Sabah ini sepatutnya belajar dan memahami betapa keperitan pahlawan seperti Mat Salleh menentang penjajah amat bermakna dalam liku-liku ke arah kemerdekaan.

Walaupun perjuangan Mat Salleh bukanlah titik akhir sehingga Sabah berjaya dimerdekakan tetapi ia adalah titik tolak kepada kebangkitan semangat rakyat yang bencikan penjajah.

Sehubungan itu, langkah kerajaan negeri membina satu memorial yang dinamakan Memorial Datu Paduka Mat Salleh dan dirasmikan hari ini oleh Menteri Pembangunan Belia, Kebudayaan dan Kemajuan Sukan Sabah, Datuk Rubin Balang adalah tepat pada masanya apatah lagi ia dibina di Tambunan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.