saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/09/1999

Kamikrazie berhijrah kerana karier


KAMIKAZIE


Kumpulan yang berasal dari Sabah ini dianggotai oleh pasangan sepupu iaitu Anwar dan Melissa.

Kamikrazie sebelum ini lebih dikenali sebagai Combination dan merupakan antara kumpulan popular di negeri di bawah bayu itu.

Menurut Anwar, sekalipun mendapat tentangan daripada keluarga, mereka terpaksa berhijrah ke ibu kota untuk mencuba nasib di dalam bidang muzik.

''Kami membuat keputusan untuk merantau ke Kuala Lumpur setelah memikirkan untuk melibatkan diri secara serius dalam bidang muzik,'' ujarnya.

''Di sini kami berpeluang mempelajari bidang seni dengan lebih mendalam dan berkenalan dengan karyawan yang mempunyai nama besar dalam bidang seni,'' jelas Anwar lagi.

Memandangkan keluarga tidak merestui di awal penglibatan mereka, Kamikrazie terpaksa berusaha sendiri untuk terus bertahan di Kuala Lumpur bagi menyempurnakan hasrat dan cita-cita mereka.

Kini, usaha mereka mula membuahkan hasil apabila nama Kamikrazie mula dikenali ramai.

Kumpulan yang bernaung di bawah syarikat rakaman Ponycanyon ini juga mempunyai perancangan tertentu untuk memantapkan lagi nama mereka di persada seni tempatan. Bagi menguruskan perjalanan aktiviti seni mereka, Kamikrazie sudah menubuhkan syarikat sendiri iaitu The Combination Production.

Kehadiran Kamikrazie sebagai artis juga semakin diterima apabila mereka terpilih sebagai model terbaru barangan Panasonic.

''Ini adalah lambang usaha bersungguh-sungguh kami untuk melibatkan diri dalam bidang seni. Melihat kesungguhan kami, keluarga yang dulu menghalang, kini telah memberikan sokongan moral,'' jelas Anwar lagi.

Album mini kumpulan ini yang mengandungi empat lagu Inggeris baru sahaja dilancarkan pada Ogos lalu. Album ini sebagai percubaan untuk menguji cita rasa peminat terhadap lagu-lagu rap yang dikatakan semakin kurang diminati kebelakangan ini.

''Album mini ini mengandungi lagu Inggeris berirama rap kerana kami mahu menguji pasaran terlebih dahulu sebelum muncul dengan album penuh selepas ini,'' katanya.

''Mungkin ada berpendapat rap sudah semakin dilupakan, tetapi kami percaya lagu rap hari ini perlu diberi sentuhan baru untuk menarik perhatian. Itulah yang kami lakukan,'' jelas remaja berusia 20 tahun ini lagi.

Bagi menampilkan gaya baru dalam persembahan pentas mereka, Kamikrazie mengundang beberapa pemuzik ternama sebagai pengiring di pentas.

Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.