saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/09/1999

Butterfingers kini menonjol


KUMPULAN Butterfingers.


Selepas kehadiran dua album yang hanya diketahui oleh sesetengah golongan, kumpulan Butterfingers kini bersedia untuk mempromosikan album ketiga mereka, Transcendence secara lebih giat lagi.

Hasrat tersebut lahir setelah anggota kumpulan ini mendapati kumpulan Butterfingers telah mencapai kematangan muzik seperti yang mereka inginkan.

Malah, dorongan komersial itu hadir selepas melihat perubahan dan situasi muzik tempatan yang semakin membuka peluang kepada muzik baru untuk menonjolkan diri.

Dua album terdahulu iaitu 1.2 Milligrams dan Butter Worth Pushful dianggap masih dalam proses kematangan untuk mencari kekuatan dalam menampilkan aliran muzik Butterfingers.

Menurut Loque, seiring dengan kematangan senario muzik tempatan, Butterfingers merasakan sudah tiba masanya kumpulan itu muncul secara komersial.

''Dulu muzik selalu dianggap sebagai alat hiburan tetapi kini perubahan berlaku apabila semakin ramai yang menghargai muzik dan menjadikan ia sebagai satu budaya,'' ujar Loque.

Selain Loque, Butterfingers dianggotai oleh Kadak, Emmet dan Kalai. Kecuali Kalai yang kini menuntut di Amerika, kesemua mereka adalah penuntut institusi pengajian tinggi tempatan dalam bidang sains komputer.

Loque memberitahu, mereka serius dalam bidang muzik dan tidak gemar dengan sikap sambil lewa yang diamalkan oleh sesetengah kumpulan muzik.

Katanya, Butterfingers berdiri sebagai satu kumpulan dan mereka enggan menonjolkan mana-mana anggota secara individu bagi tujuan publisiti.

''Kami serius dalam bidang muzik kerana keutamaan kami adalah untuk memajukan muzik. Malah, salah satu objektif utama kami ialah untuk mendidik banyak golongan yang kurang mengetahui tentang muzik,'' beritahu Loque.

Kerana itu, biarpun agak lambat menonjol, Butterfingers tidak merasa rugi dari segi masa kerana apa yang dipentingkan oleh kumpulan ini adalah kematangan muzik.

Katanya, dua album terdahulu adalah pasaran untuk rakan-rakan dan kelompok tertentu tetapi masih menerima sambutan yang baik.

Ujar Loque, kebanyakan peminat mereka terdiri daripada golongan penuntut di institusi pengajian tinggi tempatan.

Malah mereka mengharapkan dengan pendedahan kali ini, Butterfingers akan mampu menarik lebih ramai peminat kumpulan itu.

Biarpun boleh dianggap sebagai sebuah kumpulan baru, Butterfingers memilih untuk menghasil dan menerbitkan lagu-lagu mereka sendiri tanpa bantuan komposer luar. Ketiga-tiga album kumpulan ini adalah hasil sentuhan anggota Butterfingers sendiri.

Menurut Loque, kebanyakan lagu ciptaan mereka adalah cermin kepada persahabatan yang terjalin dalam kumpulan tersebut.

Mengenai album Transcendence, Loque memberitahu sesuai dengan judulnya, album ketiga mereka dianggap mempunyai kemampuan dan luar biasa.

Sebanyak 12 lagu dimuatkan dalam album Transcendence iaitu The Chemistry (Between Us), Epitome, Meltdown, Mermaids, Dooms Day-Out, Faculties of The Mind, Floating In A Vacuum, Weird, R n R (Rock & Radical), Moksha, Mystery dan Words vs Wisdom.

Sempena promosi album, Butterfingers akan berada di Dewan SJK (C) Yuk Choy, Ipoh, Perak pada 3 Oktober, Dewan Diamond Puteri Hotel (9 Oktober) dan di Leong Say Tong (16 Oktober).

Oleh: NOR ASIKIN HASSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.