saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/10/1999

2 By 2 tetap bersatu


2 BY 2.


Kumpulan 2 By 2 pernah mencatat sejarah manis pada awal kemunculan mereka di persada seni muzik di negara ini.

Album pertama mereka yang memuatkan lagu Mawarku mendapat sambutan di luar jangkaan sehingga mencatatkan jualan melebihi 150,000 unit di pasaran.

Sebagai artis berkumpulan baru ketika itu, angka jualan ini tentunya satu pencapaian yang cukup membanggakan apatah lagi kumpulan ini memperjuangkan lagu-lagu berkonsep revival.

Album kedua mereka yang memakai judul Pak Pung Pak Mustape juga tidak kurang hebatnya dan berjaya dijual sebanyak 80,000 unit.

Bagaimanapun kontroversi telah melanda kumpulan ini apabila album ketiga mereka menemui peminat.

Kontroversi yang mengaitkan perbalahan sesama anggota kumpulan menyebabkan pasaran album Juwitaku agak lembap dan hanya dijual 20,000 unit sahaja.

Semenjak kontroversi melanda dan hubungan dingin sesama anggotanya, 2 By 2 agak sepi daripada sebarang publisiti walaupun lagu-lagu mereka masih menjadi siulan ramai.

Bahkan penyanyi utamanya, Zul telah membuat keputusan untuk menerima tawaran syarikat rakaman SRC sebagai Pengurus A & R.

Sementara anggota yang paling diminati, Halim juga telah mengorak langkah dengan melahirkan sebuah album solo berkonsep Hindustan dengan memakai nama Ali Khan.

Sementara itu dua anggota kumpulan ini, Faizal dan Man lebih senang menguruskan perniagaan mereka di luar Kuala Lumpur.

Keadaan ini menyebabkan ramai peminat kumpulan ini menganggap 2 By 2 telah berkubur dan anggotanya terpaksa meneruskan perjuangan secara sendirian.

Zul ketika ditemui baru-baru ini menafikan segala khabar angin bahawa kumpulan tersebut telah pun berkubur.

''Semua itu tidak benar kerana 2 By 2 masih bersatu sehingga sekarang,'' katanya dengan yakin.

''Kalau ada persembahan, kami akan berkumpul semula. 2 By 2 tidak berpecah tetapi kami membawa haluan sendiri untuk sementara waktu sahaja,'' jelas Zul lagi.

Katanya, kumpulan itu masih bertahan walaupun kontrak mereka bersama syarikat SRC sudah berakhir pada April lalu.

Untuk mengikat kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman juga bukan suatu perkara yang boleh dibuat secara lewa.

''Buat masa sekarang kami tidak mahu memikirkan tentang kontrak kerana masing-masing dengan pekerjaan sendiri dan semua berpuas hati dengan keadaan seperti ini,'' jelas Zul lagi.

Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.