saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/10/1999

AKTIVITI ARTIS DAN HIBURAN

Kumpulan Moin di TV3
KUMPULAN Moin akan muncul di TV3 pada pukul 9.30 pagi ini untuk menjadi tetamu dalam rancangan Malaysia Hari ini.

Anessa, KU2 di Ampang
PENYANYI Anessa dan KU2 akan muncul di Sekolah Kebangsaan Ampang, Ampang, Kuala Lumpur, pada pukul 11 pagi ini.

Seneroi, Kamikrazie di Petaling Jaya
KUMPULAN Seneroi akan muncul di Pusat Servis National Panasonic, Seksyen 13, Petaling Jaya, Selangor, untuk menjayakan acara Panafest yang dianjurkan di situ pada pukul 4 petang ini. Kamikrazie pula akan muncul pada pukul 8 malam.

A. Razak di Kuala Lumpur
PENYANYI A.Razak akan muncul di Hotel Quality, Kuala Lumpur, pada pukul 2 petang ini untuk mengadakan persembahan.

Umie Aida di Jaya Supermarket
PENYANYI Umie Aida akan muncul mengadakan persembahan di Jaya Supermarket, Petaling Jaya, Selangor, pada pukul 2 petang esok.

Nash, Arrani di Alor Setar
PENYANYI Nash, Arrani dan Shariman Acid akan berada di Star Parade, Alor setar, Kedah pada pukul 2 petang ini untuk rakaman rancangan Cabaran Galur Gemilang.

Konsert Harmoni 11 malam ini
KONSERT Harmoni 11 akan diadakan di Dewan Sivik, Petaling Jaya, Selangor, pada pukul 8.30 malam ini. Kumpulan nasyid Adinda dan NowSeeHeart akan mengadakan persembahan.

Adinda raikan peminat bersanding
ADINDA akan menyerikan perkahwinan peminat iaitu Norfazilah dan Zamri di Blok 8, Jalan PJS6/3B, Kampung Lindungan, Sungai Way, Selangor, pada pukul 2 petang esok, sempena peraduan Pengantin Bersanding dengan kerjasama Majalah Hai.

Konsert di DFP
Konsert Relive Magical Movie Moments yang mempersembahkan lagu-lagu daripada filem akan diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC, pada pukul 8.30 malam ini.

Konsert di Stadium Putra

Penyanyi Noraniza Idris, Spring, Iwan, Ani Maiyuni dengan iringan PCC Orchestra akan mengadakan persembahan dalam Konsert Amal Cintai Malaysia anjuran CNI di Stadium Putra, Bukit Jalil, pukul 8 malam esok. Tiket berharga RM100, RM60 dan RM40.

Aries di Allson Klana
KUMPULAN Aries yang dianggotai oleh Iyanie, E-Cha dan Arie akan mengadakan persembahan di Connections, Allson Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan, pada pukul 9 malam ini. Persembahan mereka akan berakhir sehingga hujung bulan ini.

Wings di Pulau Pinang
KUMPULAN Wings akan muncul mengadakan konsert di Tapak Ekspo Sungai Nibong, Pulau Pinang, pada pukul 9 malam esok. Tiket boleh ditempah di pintu masuk.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.