saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/10/1999

Boyz 'R' Us sedia tempuh cabaran


BOYZ 'R' US.


Untuk itu, mereka harus menampilkan sesuatu konsep yang baru, segar dan menepati citarasa disulami dengan promosi yang luar biasa.

Kumpulan baru yang menamakan diri mereka Boyz 'R' Us bersedia untuk menempuhi cabaran dengan menghasilkan album sulung mereka berkonsepkan muzik tarian.

Mereka menghasilkan konsep muzik sebagaimana yang dipopularkan oleh kumpulan popular barat, Backstreet Boys, N' Sync, Five dan beberapa kumpulan lain.

Boyz 'R' Us dianggotai oleh AD, Sharman, Daniel, XY dan Ery tidak menganggap mereka meniru gaya muzik yang dipopylarkan oleh kumpulan-kumpulan tersebut.

Sebaliknya, mereka hanya mendapat ilham menghasilkan konsep muzik daripada lagu-lagu nyanyian mereka dan mempersembahkan lagu ciptaan baru yang bercitarasa tempatan.

''Kami menghasilkan lagu-lagu Melayu, jadi citarasanya masih mempunyai elemen kemelayuan,' kata ketua kumpulan itu, Ery.

Kini, mereka yang diuruskan oleh syarikat Ziman Records itu dalam proses menghasilkan lagu untuk dimuatkan di dalam album yang dijangka dipasarkan awal Februari depan.

Mereka akan menyiapkan album itu bulan ini dan memperuntukkan masa yang banyak untuk tujuan promosi sebelum album itu berada di pasaran.

''Kami perlu memantapkan promosi untuk mengenengahkan mereka kepada peminat muzik,'' kata pengurus dan penerbit album, Man Senoi.

Untuk memperkukuhkan nama kumpulan itu sebelum album mereka dipasarkan, Ziman Records merancang mengadakan prapromosi yang hebat.

''Kami akan ketengahkan kumpulan itu kepada peminat dengan membawa mereka mengadakan persembahan promosi secara menyeluruh,'' kata Man Senoi.

Dengan cara itu, mereka berharap peminat akan sedar kemunculan Boyz 'R' Us dan menanti-nanti kemunculan album tersebut.

Menurut Man Senoi, cara sedemikian telah diamalkan oleh banyak penyanyi di luar negara untuk memperdengarkan lagu menerusi persembahan pentas.

''Kini, stesen radio bertambah dan kami khuatir peminat lebih cenderung mendengar lagu di radio daripada membeli album,'' ujarnya lagi.

Daripada situ, dia bercadang menggiatkan promosi lagu-lagu kumpulan baru itu di persembahan pentas sebelum album mereka dipasarkan.

Mengenai persaingan dengan kumpulan lain, Man Senoi menyatakan persediaan untuk bersaing secara sehat dan memperkayakan khazanah muzik Malaysia.

Sebelum merakamkan album, anggota-anggota kumpulan itu terlebih dahulu mempelajari teknik menyanyi dan latihan tarian yang mantap.

''Kami telah didedahkan mengenai asas sebelum menjadi penyanyi untuk membolehkan kami menapak dengan jaya nanti,'' ujar mereka.

Mereka juga percaya pada pengurusan Ziman Records yang telah banyak menaikkan nama kumpulan baru sebelum ini seperti 4U2C, Shades, A-Tech dan Azmanwanaidil.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.