saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/10/1999

New Boyz sedia bersaing


KUMPULAN New Boyz.


Berpegang kepada pepatah 'kecil-kecil cili padi' kumpulan New Boyz bersedia untuk bersaing dengan nama-nama besar di alam dunia muzik tempatan.

Meskipun tanpa pengalaman yang luas di dalam bidang muzik, lima remaja yang menganggotai kumpulan ini yakin bakat mereka mampu memberi saingan kepada kumpulan muzik yang telah sedia ada. Bahkan di usia yang masih terlalu muda, mereka mahu memberi pilihan dan selera baru kepada pendengar muzik di negara ini.

New Boyz dianggotai oleh Shah Indrawan (Tomok), Mat Shah (Along), Shahrizan (Jay) dan Mazlan Ismail (Lan) dan Mohd. Syukri (Shauk).

Kesemua anggota kumpulan ini terdiri daripada remaja yang berusia antara 15 hingga 17 tahun.

''Kemunculan kami pada usia yang masih muda. Tetapi ini tidak bermakna bakat kami mudah diperlekehkan oleh pemuzik lain yang sudah menempa nama,'' jelas pemain bass, Shauk.

''Kami akan buktikan bahawa remaja seusia kami boleh memberikan sesuatu yang bermakna kepada industri muzik yang semakin berkembang ini,'' ujarnya lagi.

Menyentuh mengenai penglibatan di dalam bidang muzik, New Boyz bermula daripada persembahan di pinggir jalan dan di majlis kahwin saudara terdekat.

Akhirnya bakat mereka dikesan oleh sebuah syarikat rakaman melalui sesi uji bakat yang diadakan. Walaupun pada awalnya masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain, setelah bersama di dalam sebuah kumpulan mereka menunjukkan keserasian untuk meneruskan minat dalam bidang muzik.

''Tidak sukar untuk kami menyesuaikan diri kerana kami mempunyai minat yang sama. Yang penting hasrat kami untuk muncul dengan album sendiri akhirnya tercapai,'' jelas Shauk lagi.

Penyanyi utama kumpulan ini, Tomok juga mempunyai pengalaman menyanyi dan pernah menyertai banyak pertandingan nyanyian di seluruh negara.

Album pertama kumpulan ini yang mempertaruhkan irama pop komersial telah berada di pasaran beberapa hari lalu. Syarikat rakaman kumpulan ini telah mempertaruhkan komposer-komposer yang terkemuka untuk menerbitkan album kumpulan ini.

Antara komposer yang terlibat di dalam album ini ialah Lan Laga, Azmeer, Johari Teh, Wan Zul dan Zul 2 By 2.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.