saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 16/10/1999

Astro mampu luaskan siaran TV Pendidikan

KEPUTUSAN kerajaan untuk menyiarkan rancangan TV Pendidikan melalui saluran satelit digital Astro mulai 1 Januari tahun depan, mencetuskan pelbagai reaksi. Lebih ramai yang menentang daripada menyokong langkah terbaru Kementerian Pendidikan ini.

Persatuan pengguna yang diwakili oleh Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) adalah antara mereka yang lantang meminta kerajaan mengkaji semula langkah ini.

Menurut mereka keputusan terbaru kementerian itu tidak menguntungkan pelajar dan juga ibu bapa.

Sebaliknya pengambilalihan Astro daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu dilihat lebih banyak menguntungkan syarikat itu yang secara mendadak mendapat lebih 8,000 pelanggan baru.

Untuk fasa pertama pemasangan kemudahan saluran itu, kerajaan telah memperuntukkan RM7.7 juta.

Kos itu akan meliputi bayaran waktu siaran, kos parabola dan yuran bulanan.

Bayaran bulanan perkhidmatan Astro di sekolah-sekolah sebanyak RM40 (50 peratus kurang daripada bayaran biasa) juga akan ditanggung oleh kerajaan.

Keputusan kerajaan memilih Astro ialah kerana rangkaian kedua RTM memerlukan lebih banyak masa memandangkan badan itu akan dikorporatkan tidak lama lagi.

Justeru, ia memerlukan tambahan waktu siaran bagi saluran TV2 yang digunakan oleh TV Pendidikan kini.

Langkah terbaru Kementerian Pendidikan ini tidak sepatutnya dipandang dari sudut negatif semata-mata kerana jika diteliti, penglibatan Astro seolah-olah memberikan 'nafas' baru kepada siaran TV Pendidikan yang selama ini agak terhad kepada rancangan terbitannya sahaja.

Kerjasama dengan Astro ini membolehkan pelajar kini bukan sahaja menikmati rancangan terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan, tetapi juga empat siaran lain yang penuh dengan unsur-unsur pendidikan.

Rancangan-rancangan itu ialah Discovery, National Geographic, Disney, CNN dan program syarikat Multimedia Technology Enhancement and Operations Sdn. Bhd. (Meteor) iaitu pendidikan jarak jauh (PJJ).

Kerjasama dengan Astro ini juga harus dilihat sebagai satu cabaran baru kepada BTP untuk menghasilkan rancangan-rancangan yang lebih menarik dan 'berbaloi' untuk ditonton oleh pelajar.

Imej rancangan TV Pendidikan yang selama ini kebanyakannya berbentuk 'kitar semula' perlu dibaiki untuk menjadikan siaran ini lebih menarik dan sesuai dengan peranannya sebagai siaran pendidikan.

Memang benar, terdapat beberapa perubahan yang dilakukan dari aspek isi kandungan, tetapi perubahan ini nampaknya masih tidak mencukupi sehingga menyebabkan TV Pendidikan masih menyiarkan rancangan-rancangan lama.

Corak penyampaian di TV Pendidikan juga dikatakan agak membosankan dan tidak menarik minat pelajar untuk menontonnya.

Dengan kewujudan komputer di dalam pendidikan yang mempunyai pelbagai program pembelajaran menarik yang bersifat interaktif, cabaran TV Pendidikan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih menarik semakin penting.

Kita tidak mahu nanti, BTP hanya menjadi penyelaras program-program Astro, sementara peranan besarnya untuk menghasilkan rancangan baru yang bermutu dikesampingkan.

Program-program baru TV Pendidikan nanti juga perlu menyaingi atau sekurang-kurangnya menyamai program-program pembelajaran interaktif yang boleh didapati dengan mudah oleh pelajar melalui komputer di sekolah.

Seperkara lagi yang perlu difikirkan oleh Kementerian Pendidikan dalam menarik kerjasama pihak sekolah ialah aspek bayaran bil elektrik.

Walaupun semua kos pemasangan dan sewa akan disediakan oleh kerajaan, sekolah sendiri perlu membayar bil elektrik.

Dengan bebanan bil elektrik untuk penggunaan komputer dan talian Internet yang sedia ada, tanggungan elektrik untuk siaran TV Pendidikan ini juga perlu diambil kira.

Bagi sekolah-sekolah di kawasan bandar yang mempunyai Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang berkemampuan, ia mungkin bukan masalah utama.

Bagaimanapun, bagi sekolah di luar bandar, masalah ini mungkin menyebabkan mereka memilih untuk tidak menggunakan perkhidmatan TV Pendidikan demi mengurangkan kos membayar bil elektrik dan sekadar membiarkan sekolah dihiasi dengan parabola dan satelit televisyen.

Oleh: ZALINA YAHAYA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.