saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/11/1999

Reka bentuk bangunan guna peralatan baru


ZARINA Abu Sidik menunjukkan buku Kuala Lumpur International Airport: Gateway To Malaysia yang dilancarkan di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 5 Nov. - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad meminta arkitek di negara ini supaya menyesuaikan reka bentuk bangunan dengan peralatan yang akan digunakan agar keindahan sesebuah bangunan itu tidak dicacatkan oleh peralatan tersebut.

Perdana Menteri berkata, kemampuan arkitek mereka bentuk bangunan yang cantik dan canggih akan menjadi sia-sia jika ia tidak boleh disesuaikan dengan sesuatu peralatan.

Dr. Mahathir melahirkan rasa tidak puas hatinya kerana ketidakupayaan menyesuaikan bangunan dengan peralatan telah mencacatkan kecantikan bangunan tersebut.

Sambil mengambil contoh pemasangan alat penghawa dingin di bangunan-bangunan, beliau berkata: ''Saya tak puas hati bila banyak bangunan cantik belum disesuaikan dengan peralatan baru khususnya air condition, masih digantung di tingkap.

''Kadang-kadang berderet di luar menjadikan bangunan yang cantik menjadi kurang cantik.''

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran buku Kuala Lumpur International Airport: Gateway To Malaysia karya Pengerusi Malaysian Japanese Airport Consortium, Datuk Esa Mohamed.

Menurut Dr. Mahathir, walaupun arkitek tempatan telah berjaya membina bangunan-bangunan unik di negara ini namun masih ada bangunan yang belum dapat disesuaikan dengan peralatan-peralatan baru.

Beliau turut merujuk keadaan di rumah-rumah pangsa yang masih terdapat baju-baju disidai di tingkap kerana ketiadaan kawasan mengeringkan pakaian sehingga mencemarkan pemandangan di sesebuah kawasan perumahan.

''Oleh itu perkara-perkara seperti ini hendaklah diberi perhatian oleh arkitek sama ada kita akan bentuk bangunan sesuai dengan alatan atau kita bentuk alatan itu sesuai dengan bangunan,'' katanya.

Dr. Mahathir juga melahirkan rasa bangga kerana arkitek-arkitek di negara ini telah menyahut cabaran kerajaan supaya mereka bentuk bangunan-bangunan yang cantik dan unik seperti kompleks kerajaan di Putrajaya.

Perdana Menteri membandingkan reka bentuk bangunan sekarang dengan yang dibina di zaman British yang menurutnya walaupun cantik tetapi tidak beridentitikan Malaysia.

Malah, katanya, pembangunan negara selepas merdeka turut menyaksikan bangunan-bangunan kerajaan dibina menggunakan reka bentuk yang sama iaitu seperti kotak, empat tingkat dan tidak mempunyai kemudahan lif.

''Bila kita capai kemerdekaan, kita merdeka dalam keadaan miskin. Dalam keadaan terdesak itu, kita bina jabatan-jabatan kerajaan sama bentuk sahaja seperti kotak-kotak rokok dan bangunan-bangunan ini masih ada,'' katanya.

Menurut beliau, apabila pendapatan negara bertambah dan negara berjaya dibangunkan, kerajaan telah membina bangunan khusus untuk satu-satu jabatan atau kementerian.

''Sejak kebelakangan ini kita tak ada lagi standard building. Setiap bangunan khusus untuk satu-satu kementerian supaya ia nampak berbeza,'' katanya.

Oleh: NORAINI ABDUL RAZAK

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.