saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/11/1999

Selamat Pengantin Baru EDRY- MILIA


SEHATI SEJIWA... Edry dan Milia diijabkabulkan sebagai suami isteri selepas tujuh bulan bertunang.


SELEPAS hampir tujuh bulan menjalin ikatan pertunangan, anggota kumpulan KRU, Edry Abdul Halim mengambil keputusan mendirikan rumah tangga dengan Milia Mohamad, 5 November lalu.

Edry, anggota termuda kumpulan adik-beradik itu selamat dinikahkan dengan Milia oleh ayah Milia sendiri, Mohamad Ahmad Sani di kediaman Milia di Subang Jaya, Selangor pada kira-kira pukul 9.00 malam.

Terpancar kegembiraan pada wajah pasangan mempelai di malam yang bersejarah itu.

Pernikahan Edry dan Milia sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat seni dan peminat KRU selepas sedikit masa dahulu, Edry pernah menerima nasib malang apabila dirinya dikaitkan dengan satu cerita kontroversial yang cukup mengaibkan.

Selain dikenali sebagai anggota KRU, Edry, 23, juga merupakan seorang komposer dan jurutera muzik yang disegani ramai.

Anak ketiga daripada empat adik-beradik ini pernah ditawar melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan audio di Los Angeles tetapi menolak tawaran itu kerana mahu memberi sumbangan kepada industri muzik tempatan.

Dia kini banyak memberi sumbangan yang besar kepada kejayaan kumpulan KRU selain turut menjawat jawatan timbalan pengarah urusan di Syarikat KRU Berhad.

Edry bertemu jodoh dengan Milia, 25, lulusan salah sebuah universiti dari New York dalam bidang pengiklanan dan komunikasi.

Milia kini bertugas sebagai setiausaha kepada Pengarah Urusan KRU Berhad, Norman Abdul Halim yang juga merupakan abang iparnya.

Pada malam pernikahan itu, Milia menerima wang hantaran sebanyak RM10,000 manakala mas kahwin pula sebanyak RM80 di samping tujuh dulang hantaran.

Keluarga Milia pula membalas hantaran sebanyak sembilan buah dulang kepada rombongan lelaki.

Pada keesokan harinya pula, Edry dan Milia disandingkan di Hotel Sheraton, Subang dengan disaksikan oleh kira-kira 1,500 tetamu yang terdiri daripada saudara-mara Milia.Manakala pada Jumaat lepas (13 November) pula, Edry dan Milia sekali lagi disandingkan di Dewan Merak Kayangan, Felda, Kuala Lumpur.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.