saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/11/1999

11, 15 Dis tarikh baru peperiksaan SPM, STPM

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) yang dijadualkan pada 29 November ini ditunda ke hari Sabtu 11 Disember.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula ditunda ke Rabu 15 Disember.

Kementerian juga memutuskan untuk menunda jadual peperiksaan SPM/SPMV dan STPM yang jatuh pada hari Selasa 30 November ke Isnin 13 Disember, manakala STPM ditunda ke Khamis 16 Disember.

''Penundaan tarikh peperiksaan 30 November bertujuan memberi masa yang cukup kepada semua pengawas peperiksaan menjalankan tugas dan membuang undi.

''Ini kerana ada di antara mereka yang terpaksa membuang undi di luar tempat bertugas,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Najib, penundaan itu akan membolehkan pihak sekolah mempunyai masa untuk mengemas dan menyusun semula pusat-pusat peperiksaan yang terlibat.

Beliau berkata, tarikh Peperiksaan Kemasukan Program Matrikulasi (PKPM) yang dijadualkan pada Sabtu 11 Disember juga ditunda ke Selasa 14 Disember.

PKPM diadakan buat kali pertama bertujuan memilih calon-calon bumiputera yang berkelayakan memasuki program matrikulasi pada Januari 2000.

Sehubungan itu, Najib menasihatkan semua calon terutama calon persendirian supaya menghubungi pengetua sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri untuk sebarang pertanyaan.

Peperiksaan yang dianjurkan oleh badan-badan peperiksaan luar negeri iaitu Chamber of Commerce and Industry (LCCI) dan Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA) akan dikekalkan pada 29 November.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:23
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.