saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/11/1999

Rem gusar gagal pertahankan populariti

KEJAYAAN meletakkan nama sebagai seorang penyanyi popular menerusi album pertama memberi tekanan kepada penyanyi berkenaan apabila muncul dengan album kedua pula.

Album pertama sering dianggap sebagai album untuk pengenalan dan album kedua pula menentukan jatuh bangun karier mereka.

Penyanyi Rem mengakui rasa gusar apabila muncul dengan album kedua sekitar sebulan lalu kerana takut album tersebut tidak dapat menyaingi populariti album pertama.

Menerusi album pertama, lagu Kasih Kembalilah membuatkan namanya menjadi sebutan peminat.

''Setelah sebulan menunggu reaksi peminat saya berpuas hati apabila lagu-lagu terbaru saya mula diminati,'' katanya.

Penerimaan peminat terhadap album tersebut memberinya semangat untuk terus menggiatkan kerjayanya kerana menyedari dia dan lagu-lagunya masih diterima.

Dia berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan persembahan makan lewat malam di Restoran Berputar Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam persembahan sekitar sejam itu, Rem menyanyikan lagu-lagu terbaru dan lagu popularnya sebagai hiburan pengunjung di restoran itu.

Walaupun persembahannya ringkas, namun Rem kelihatan semakin yakin untuk menghiburkan penonton dengan gaya persembahan yang tersendiri.

Walaupun sekarang pasaran album semua penyanyi tempatan menampakkan kemerosotan, namun ia masih memberangsangkan.

''Dalam keadaan sekarang jualan album saya dianggap memberangsangkan,'' katanya lagi.

Dia juga memberikan sepenuh komitmen untuk muncul dalam semua promosi yang dijalankan oleh pihak promosi Warner Music, kata Rem lagi.

''Apabila pasaran album kurang menggalakkan seseorang penyanyi harus giat dan berusaha untuk memastikan penerimaan peminat,'' ujarnya lagi.

Selain dapat mendekatkan diri dengan peminat, dia juga boleh melihat sendiri bagaimana reaksi mereka mengenai album terbarunya, ujar Rem lagi.

Oleh: ROSLI MANAH

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.