saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 20/11/1999

Tok Mat, Abdul Aziz digugurkan dalam senarai calon BN Johor

JOHOR BAHRU, 19 Nov. - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamed Rahmat dan Abdul Aziz Yassin digugurkan daripada senarai calon-calon BN yang diumumkan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman di sini hari ini.

Mohamed ialah anggota Parlimen Pulai manakala Abdul Aziz, abang kepada Menteri Belia dan Sukan Tan Sri Muhyiddin Yassin, anggota Parlimen Muar.

Terdapat enam pembaharuan yang berlaku bagi kerusi parlimen dengan dua daripadanya muka baru. Mereka ialah Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Dr Robia Datuk Haji Kosai (Muar) dan Haji Siam Haji Kasrin (Batu Pahat).

Empat orang yang sebelum ini anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) bertukar tempat dan dicalonkan pula untuk bertanding kerusi parlimen.

Mereka ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Ali Hassan (Tebrau), Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri Datuk Abdul Kadir Annuar (Pulai), Ketua Penerangan Kerajaan Johor Datuk Mohamad Haji Aziz (Sri Gading) dan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing).

Ali ialah anggota DUN Tiram, Abdul Kadir anggota DUN Kempas, Mohamad anggota DUN Parit Yaani dan Dr Abdul Latiff anggota DUN Endau.

Ali, yang juga Setiausaha Perhubungan Umno Johor, menggantikan bekas Timbalan Menteri Perusahaan Utama Siti Zainab Abu Bakar manakala Abdul Kadir mengambil tempat Mohamed.

Di Sri Gading pula, Mohamad mengambil tempat Hamzah Ramli manakala Dr Abdul Latiff bertukar tempat dengan Zainal Abidin Othman. Hamzah dan Zainal Abidin kini bertanding kerusi DUN.

Muka-muka lama yang dikekalkan ialah Timbalan Presiden MIC Datuk S.Subramaniam (Segamat), Hashim Ismail (Ledang), Muhyiddin (Pagoh), Presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik (Labis), Hoo Seong Chang (Kluang), Datuk Ruhanie Ahmad (Parit Sulong).

Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng (Bakri), Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Tun Hussein (Tenggara), Abdul Hamid Abdul Rahman (Sungai Benut), Datuk Lim Si Cheng (Senai), Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar (Kota Tinggi), Khaled Nordin (Johor Baharu), Chang See Ten (Gelang Patah) dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Ong Ka Ting (Pontian).

Bagi kerusi DUN, terdapat 17 muka baru termasuk empat wanita.

Mereka ialah Tahir Taat (Bukit Serampang), Setiausaha Politik Menteri Besar Abdul Samat Ariffin (Jorak), Ketua Umno Bahagian Labis Senator Ibrahim Daud (Tenang), Naib Ketua Umno Bahagian Parit Sulong Ahmad Zahari Jamil (Sri Medan), Ketua Wanita Bahagian Bakri Jamilah Othman (Bukit Naning).

Lau Yew Wee (Maharani), Mohd Ismail Mohd Shah (Parit Bakar), Md Salikon Sarpin (Sungai Balang), Haji Ali Shikh Ahmad (Parit Raja), Mohd Ameran Sohiran (Panti), Ketua Wanita Umno Bahagian Kota Tinggi Asiah Md Ariff (Sedili), Naib Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi Harun Abdullah (Pengerang), Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau Mohamad Dolmat (Tiram), Naib Ketua Umno Bahagian Pulai Osman Sapian (Kempas), Khoo Kong Ek (Skudai), Malik Ibrahim (Pulai Sebatang) dan Jamilah Endan (Kukup).

Muka-muka lama yang dikekalkan bertanding di kerusi DUN ialah Othman Jais.

Mereka ialah Tahir Taat (Bukit Serampang), Setiausaha Politik Menteri Besar Abdul Samat Ariffin (Jorak), Ketua Umno Bahagian Labis Senator Ibrahim Daud (Tenang), Naib Ketua Umno Bahagian Parit Sulong Ahmad Zahari Jamil (Sri Medan), Ketua Wanita Bahagian Bakri Jamilah Othman (Bukit Naning).

Lau Yew Wee (Maharani), Mohd Ismail Mohd Shah (Parit Bakar), Md Salikon Sarpin (Sungai Balang), Haji Ali Shikh Ahmad (Parit Raja), Mohd Ameran Sohiran (Panti), Ketua Wanita Umno Bahagian Kota Tinggi Asiah Md Ariff (Sedili), Naib Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi Harun Abdullah (Pengerang), Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau Mohamad Dolmat (Tiram), Naib Ketua Umno Bahagian Pulai Osman Sapian (Kempas), Khoo Kong Ek (Skudai), Malik Ibrahim (Pulai Sebatang) dan Jamilah Endan (Kukup).

Muka-muka lama yang dikekalkan bertanding di kerusi DUN ialah Othman Jais (Sepinang), Gan Lian Keng (Jementah), Yap Chik Dong (Tangkak), Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman (Serom), Tan Kok Hong (Bekok), S.Krishnasamy (Tenggaroh), Chong Ah Owon (Paloh), Ng Kim Lai (Mengkibol), Tan Teck Poh (Semerah), Dr Chua Soi Lek (Penggaram).

Datuk Zainalabidin Mohd Zin (Rengit), Halimah Mohd Sadique (Gunung Lambak), Datuk Jimmy Low (Simpang Renggam), Salehon Sengot (Benut), Khoo Che Wat (Kulai), Adam Abdul Hamid (Bukit Permai), Datuk K.S.Balakrishnan (Pasir Gudang), Mohamed Kasbi (Tanjung Puteri), Freddie Loong (Stulang), Low The Hian (Tambatan) dan Baharom Abdul Ghani (Tanjung Kupang).

Mereka yang sebelum ini anggota parlimen tetapi kali ini bertanding kerusi DUN ialah Zainal Abidin (Endau) dan Hamzah Ramli (Parit Yaani).

Muka-muka lama yang digugurkan daripada barisan calon kali ini ialah Ahmad Omar (Bukti Serampang), Datuk Sabariah Ahmad (Jorak), Datuk Bahari Harun (Tenang), Puan Sri Atkah Abdullah (Sri Medan), Haji Misran Elias (Bukit Naning), Tay Khim Seng (Maharani), Malek Munip (Parit Bakar), Muntaha Kailan (Sungai Balang), Zahar Bachik (Parit Raja), Asmaon Haji Ismail (Panti), Mohamadon Abu Bakar (Sedili), Hasmoni Salim (Pengerang), Wong Siew Poh (Skudai), Khatijah Md Som (Pulai Sebatang) dan Datuk Ahmad Abdullah (Kukup).

Ketika bercakap kepada pemberita, Abdul Ghani berkata calon-calon yang diketengahkan kali ini jelas menunjukkan kombinasi antara muka lama dan baru termasuk mengekalkan kuota lima tempat untuk wanita.

"Rata-rata mereka yang dipilih terdiri daripada masyarakat tempatan dan akan diterima oleh pengundi," katanya.

Mengenai pemilihan Dr Robia, Abdul Ghani berkata Ketua Wanita Umno Bahagian Titiwangsa itu ialah anak jati Johor yang bersekolah dan dibesarkan di Muar.

Nama-nama calon Barisan Nasional di Johor

Kerusi Parlimen

1. P.125 Segamat - Datuk S. Subramaniam (MIC)

2. P.126 Ledang - Hashim Ismail (UMNO)

3. P.127 Pagoh - Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (UMNO)

4. P.128 Labis - Datuk Seri Dr Ling Liong Sik (MCA)

5. P.129 Mersing - Dr Abdul Latiff Ahmad (UMNO)

6. P.130 Kluang - Hoo Seng Chang (MCA)

7. P.131 Parit Sulong - Datuk Ruhanie Ahmad (UMNO)

8. P. 132 Bakri - Datuk Chua Jui Meng (MCA)

9. P. 133 Muar - Dr Robia Datuk Kosai (UMNO)

10. P.134 Sri Gading - Datuk Mohamad Haji Aziz (UMNO)

11. P.135 Batu Pahat - Haji Siam Haji Kasrin (UMNO)

12. P.136 Tenggara - Datuk Hishamuddin Tun Hussein (UMNO)

13. P.137 Sg Benut - Abdul Hamid Abdul Rahman (UMNO)

14. P.138 Senai - Lim Si Cheng (MCA)

15. P.139 Kota Tinggi - Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar (UMNO)

16. P.140 Tebrau - Datuk Mohd Ali Hassan (UMNO)

17. P.141 Johor Bahru - Mohamed Khaled Nordin (UMNO)

18. P.142 Pulai - Datuk Abdul Kadir Annuar (UMNO)

19. P.143 Gelang Patah - Teu Si @ Chang See Ten (MCA)

20. P.144 Pontian - Datuk Ong Ka Ting (MCA)

Kerusi Dewan Undangan Negeri

1. N.01 Sepinang - Othman Jais (UMNO)

2. N.02 Jementah - Gan Lian Keng (MCA)

3. N.03 Tangkak - Yap Chik Dong (MCA)

4. N.04 Serom - Datuk Abdul Ghani Othman (UMNO)

5. N.05 Bukit Serampang - Tahir Mohd Taat (UMNO)

6. N.06 Jorak - Abdul Samat Aripin (UMNO)

7. N.07 Tenang - Ibrahim Daud (UMNO)

8. N.08 Bekok - Tan Kok Hong @ Tan Yi (MCA)

9. N.09 Endau - Zainal Abidin Osman (UMNO)

10. N.10 Tenggaroh - Krishnasamy a/l Shiman (MIC)

11. N.11 Paloh - Chong Ah Owon @ Chong Ah Onn (MCA)

12. N.12 Mengkibol - Ng Kim Lai (MCA)

13. N.13 Sri Medan - Ahmad Zahari Jamil (UMNO)

14. N.14 Semerah - Tan Teck Poh @ Tan Ah Too (MCA)

15. N.15 Bukit Naning - Jamilah Othman (UMNO)

16. N.16 Maharani - Lau Yee Wee @ Loow Yu Wee (MCA)

17. N.17 Parit Bakar - Mohd Ismail Mohd Shah (UMNO)

18. N.18 Sungai Balang - Md Salikon Sarpin (UMNO)

19. N.19 Parit Yaani - Hamzah Ramli (UMNO)

20. N.20 Parit Raja - Ali Bin Shikh Ahmad (UMNO)

21. N.21 Penggaram - Datuk Dr Chua Soi Lek (MCA)

22. N.22 Rengit - Datuk Zainal Abidin Mohamed Zin (UMNO)

23. N.23 Panti - Mohd Ameran Sohiran (UMNO)

24. N.24 Gunung Lambak - Halimah Mohamed Sadique (UMNO)

25. N.25 Simpang Renggam - Datuk Jimmy Low Boon Hong (MCA)

26. N.26 Benut - Salehon Sengot (UMNO)

27. N.27 Kulai - Khoo Che Wat (Gerakan)

28. N.28 Bukit Permai - Abdul Adam Abdul Hamid (UMNO)

29. N.29 Sedili - Asiah Md Ariff (UMNO)

30. N.30 Pengerang - Harun Abdullah (UMNO)

31. N.31 Tiram - Mohamad Dolmat (UMNO)

32. N.32 Pasir Gudang - Datuk K.S. Balakrishnan (MIC)

33. N.33 Tanjung Puteri - Mohamed bin Kasbi (UMNO)

34. N.34 Stulang - Freddie Loong Hoo Hin (MCA) 35. N.35 Tambatan - Low The Hian (MCA) 36. N.36 Kempas - Osman Haji Sapian (Umno) 37. N.37 Tanjung Kupang - Baharum Abdul Ghani (Umno) 38. N.38 Skudai - Khoo Kong Ek (Gerakan) 39. N.39 Pulai Sebatang - Abdul Malik Ibrahim (Umno) 40. N.40 Kukup - Jamilah Endan (Umno).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.