saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/11/1999

Ghafar mampu catat rekod pilihan raya

MELAKA 19 Nov. - Tun Abdul Ghafar Baba, satu-satunya ahli politik yang menang pada semua sembilan pilihan raya umum yang lepas mungkin membuat rekod baru pada pilihan raya ke-10 pada 29 November ini.

Dalam perubahan pada saat-saat akhir, Tun Ghafar, 74 yang sebelum ini digugurkan dari senarai calon Barisan Nasional (BN) diumumkan akan bertanding kerusi Parlimen Batu Berendam.

Tokoh veteran UMNO itu mengenepikan Ketua Bahagian Wanita UMNO Batu Berendam Datuk Hazizah Mohd. Sultan yang sebelum ini dinamakan Ketua Menteri dan Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Abu Zahar Isnin sebagai calon ahli Parlimen kawasan tersebut.

Dalam pilihan raya kali ini, Tun Ghafar menggantikan tempat Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Mohd Ali Mohd. Rustam yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput.

Abu Zahar sendiri akan bertanding di kerusi Parlimen Jasin yang dipegang Tun Ghafar selama empat penggal. Abu Zahar merupakan penyandang kerusi DUN Merlimau.

Tun Ghafar mula memegang kerusi Parlimen Jasin sejak memenangi pilihan raya yang keenam (1978), diikuti pilihan raya ketujuh (1982) dan kelapan (1990).

Pada pilihan raya umum kesembilan (1995), Tun Ghafar dipilih semula sebagai anggota Parlimen Jasin dengan meraih 25,559 undi atau majoriti 22,128 undi mengalahkan calon Semangat 46 dan Pas.

Tun Ghafar sebelum in anggota Parlimen Melaka Utara dan Alor Gajah selepas memenangi pilihan raya keempat (1969) dan kelima (1974).

Sebelum menjadi anggota Parlimen, Tun Ghafar adalah anggota Dewan Undangan Negeri untuk tiga penggal. Beliau mengalahkan parti lawan bagi kerusi DUN Melaka Luar pada pilihan raya pertama (1955).

Pada pilihan raya kedua (1959), Tun Ghafar menang kerusi DUN Tanjung Keling dan mengekalkan kerusi DUN tersebut bagi pilihan raya ketiga (1964).

Tun Ghafar pernah menjadi Ketua Menteri Melaka selama lapan tahun (Jun 1959-Ogos 1967 dan dilantik sebagai senator selama kira-kira setahun (Januari 1968-Mei 1969).

Karier politik beliau bermula selepas menganggotai UMNO pada tahun 1951 dan seterusnya menjawat beberapa jawatan penting termasuk ahli majlis tertinggi Umno.

Tun Ghafar pernah menjadi pengerusi UMNO Melaka, pengerusi jawatankuasa perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dan ketua jawatankuasa perhubungan UMNO Sabah.

Jawatan tertingginya dalam UMNO ialah sebagai Timbalan Presiden UMNO yang disandang sejak 24 April 1987 selepas mengalahkan Datuk Musa Hitam dengan majoriti 40 undi.

Beliau menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 1990 sebelum meletak jawatan tersebut pada 1 November 1993. Tun Ghafar merupakan naib presiden UMNO mulai 1962 hingga April 1987.

Pada Jun 1998, Tun Ghafar dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa veteran UMNO yang ditubuhkan bagi membantu kerajaan menjelaskan kepada rakyat tentang keadaan ekonomi dan langkah-langkah diambil mengatasinya.

Dalam BN, Ghafar menjadi setiausaha agung untuk tempoh 19 September 1974 sehingga 25 Oktober 1993.

Jawatan terakhir Tun Ghafar dalam kerajaan ialah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Beliau juga pernah memegang jawatan Pengerusi Mara, FAMA, Menteri Tanpa Portfolio serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tun Ghafar juga pernah menanggung tugas-tugas Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kehakiman ketika Datuk Seri Dr. Mahathir sedang pulih dari pembedahan. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.