saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/11/1999

Spoon sudah berpatah arang

Berkuat kuasa pada 8 November lalu, pemilik Childplay Music Productions dan juga selaku pengurus kumpulan Spoon, Khairul Annuar Ismail (Annuar Botak) mengesah dan menegaskan bahawa Spoon tidak lagi menjadi artis Childplay dan sekali gus sebagai artis syarikat rakaman Life Rekod Sdn. Bhd.

Annuar memberitahu Pancaindera, selaku pengurus dan pemilik kepada kumpulan Spoon dia membuang kumpulan tersebut daripada Childplay Music Productions dan menamatkan kontrak perjanjian dengan Life Rekod sebagai artis syarikat rakaman atas beberapa alasan tertentu.

"Kita buang kumpulan ini dengan bersebab. Kalau kumpulan itu tak ada masalah dan masih boleh bekerjasama dengan saya selaku pengurus dan Life Rekod sebagai tempat mereka bernaung, kita tak kisah dan kita tak akan buang sesuka hati. Lagipun kontrak mereka ada tiga tahun lagi dengan Life Rekod. Tapi memandangkan masalah yang timbul rasanya dah terlalu meruncing dan tidak dapat dibendung lagi, saya selaku pemilik kumpulan ini terpaksa membuat tindakan wajar. Saya rasa apa yang saya buat ni dah kira lebih wajar.

"Pertamanya, perangai mereka yang tidak berubah. Ya, pada satu ketika, iaitu pada dua bulan lalu kami telah bersepakat dan mendapat kata sepakat setelah ada masalah setahun yang lalu. Malah kisah antara saya dengan Spoon sudah berbaik tu dah tersiar di majalah URTV pada keluaran 1 November dulu. Itu saya akui, tapi untuk pengetahuan, mereka ni baiknya dalam sebulan je, lepas tu buat perangai lagi.

"Rasanya mereka dah pandai dalam menguruskan kumpulan mereka dan banyak menyalahkan saya sebagai pihak pengurusan. Antaranya mereka tuduh saya makan duit royalti. Tapi tak kisahlah, tu kisah lama, dan dah selesai dua bulan lalu. Tapi sekarang ni nampaknya mereka masih tak boleh beri komitmen yang baik kepada saya. Ingatkan dah berubah, dah bagi royalti naik pun perangai tak berubah lagi. Tu baru dua album, nasib baik saya tak tunggu sampai lima album, kalau tak buat pening kepala sendiri je!

"Bagi saya apa masalah yang mereka timbulkan sekarang ini sudah tidak boleh dimaafkan lagi. Kalau nak diikutkan banyak kesalahan yang telah dan sedang dilakukan, terutama penyanyi kumpulan tersebut. Tapi tak apa, tak payahlah saya ceritakan satu persatu kesalahannya itu. Mungkin Pancaindera pun dah tahu antara kesalahan, skandal dan kegiatan penyanyi kumpulan tu, kan?'' jelas Annuar kepada Pancaindera.

Ini bermakna kumpulan yang dianggotai oleh Along, Yahya, Norul, Shanaz, dan Boy tidak boleh lagi menggunakan nama Spoon sebagai nama kumpulan mereka kerana nama Spoon adalah milik Childplay Music Productions.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.