saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/11/1999

Siti Nurhaliza rancang album terbaru


SITI NURHALIZA.


Malah lagu Nian Di Hati dan beberapa buah lagu lagi masih menjadi siulan peminatnya setelah album tersebut dipasarkan beberapa bulan lalu.

Walaupun lagu-lagu tersebut masih hangat, Siti Nurhaliza yang kerap menghasilkan album itu kini dalam persiapan untuk merakam album baru.

Penyanyi itu bakal muncul dengan album terbaru berkonsep pop tradisional pertengahan Disember ini. Album tersebut amat bererti sebagai pembuka jendela zaman di alaf baru.

Album itu merupakan album tradisional ketiga daripadanya setelah berjaya menerusi album Cindai dan album duet bersama Noraniza Idris, Hati Kama.

Siti Nurhaliza juga mengekalkan kecemerlangannya di Juara Lagu '99 apabila melayakkan diri untuk bertanding dalam kesemua kategori.

Lagu Purnama Merindu mewakili kategori balada, Satu Cinta Dua Jiwa mewakili kategori pop rock manakala lagu Hati Kama untuk Irama Malaysia.

"Saya hanya menyanyi dan terserah kepada juri untuk menilainya,'' kata Siti Nurhaliza mengenai harapannya untuk merangkul kejayaan di Juara Lagu 99.

Tambahan pula kata Siti, pertandingan tersebut mempertandingkan lagu bukannya penyanyi.

Namun sebagai penyanyi dia bertanggungjawab menyanyikan lagu-lagu tersebut sebaik yang terdaya.

Ditanya pilihannya, kata Siti Nurhaliza, lagu Purnama Merindu adalah sebuah lagu yang amat mencabar keupayaan menyanyi berbanding dua lagu lain.

Siti Nurhaliza yang mempunyai jadual yang ketat menjelang Juara Lagu yang dijadualkan 5 Disember ini berkata dia bersedia untuk itu.

Dia akan mewakili negara di satu pertandingan nyanyian di Beijing, China pada 25 hingga 29 November ini. Pada 30 November dia akan muncul di Langkawi untuk menjayakan LIMA '99.

"Memang saya kesuntukan masa untuk membuat latihan namun dari segi persiapan diri saya telah bersedia,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.