saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 24/11/1999

Kerusi Parlimen Pagoh paling selamat bagi BN

PARLIMEN PAGOH

Jumlah Pengundi: 40,604

Melayu: 24,384 (60.05%)

Cina: 14,290 (35.19%)

India: 1,929 (4.75%)

Lain-lain: 1

KERUSI Parlimen Pagoh yang disandang oleh Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, boleh dianggap kawasan paling selamat bagi Barisan Nasional (BN) di negeri Johor.

Walaupun beliau kali ini ditentang oleh Alias Tamsil, calon daripada Parti Keadilan, kehadiran pembangkang itu dijangka tidak dapat menggugat kerusi tersebut daripada tangan BN.

Kawasan tersebut mempunyai 40,604 pengundi berdaftar, 60.05 peratus atau 24,384 orang pengundi Melayu, 14,290 atau 35.19 peratus pengundi Cina dan 1,929 (4.75 peratus) pengundi India sebenarnya adalah kubu kuat BN sejak dari dahulu lagi.

Pada pilihan raya umum lalu, beliau yang dicabar oleh calon daripada Parti Semangat 46, Rosdan Taha Abdul Rahman dengan kemenangan majoriti 17,599 undi, satu jumlah kemenangan yang mencerminkan realiti kekuatan BN.

Dan tidak keterlaluan jika dikatakan kehadiran calon Keadilan pada kali ini sekadar untuk mengikat kaki Muhyiddin supaya beliau berada di sekitar Pagoh sahaja.

Reputasinya yang memuncak ekoran peranan beliau membawa Malaysia sebagai negara penganjur Sukan Komanwel terbaik tahun lalu, membunuh isu-isu remeh temeh lain yang cuba dijadikan senjata pembangkang pada kali ini.

Malahan kejayaan beliau membawa beberapa projek 'nasional" seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) berharga RM70 juta, projek mini stadium RM6 juta ke kawasan Pagoh dilihat mematikan langkah pembangkang untuk mengungkit kelemahan Muhyiddin.

Dan pembinaan sebuah jambatan berharga RM13 juta merentangi Sungai Muar yang menghubungkan Pekan Panchor dan Gersik turut menidakkan dakwaan pembangkang bahawa beliau kononnya tidak memberi perhatian terhadap masalah pengundi di kawasan pedalaman.

Kejayaan-kejayaan ini turut menyumbang kepada usaha mengukuhkan kedudukan BN di kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang dan Dewan Undangan Negeri Jorak, di mana calon BN terpaksa berhadapan dengan calon Parti Keadilan dan Pas di kedua-dua kerusi tersebut.

Muka baru BN, Tahir Mohd. Taat yang menggantikan Ahmad Omar, ditentang oleh Mohamad Yussof Abd Ghani (Keadilan), manakala, pengganti Datuk Sabariah Ahmad, Abdul Samad Ariffin berdepan dengan calon Pas, Ismail Mohd. Yusof.

Tahir, seorang pesara guru dan bekas Setiausaha UMNO bahagian Pagoh adalah calon anak tempatan yang tidak sukar diterima oleh pengundi di kawasan Dewan Negeri Bukit Serampang.

Sifat sederhana beliau ketika berurusan atau mengendalikan masalah dalam parti sedikit sebanyak membantu menambat hati pengundi.

Beliau dilihat tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan kerusi tersebut yang mempunyai 18,483 orang pengundi, 62.70 peratus adalah pengundi Melayu, 34.92 peratus pengundi Cina dan 2.38 peratus pengundi India di tangan BN.

Begitu juga dengan Abdul Samad, Setiausaha Politik Menteri Besar Johor, diramal mampu mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Jorak di tangan BN yang diwarisinya daripada Datuk Sabariah Ahmad sejak empat kali pilihan raya lalu.

Beliau yang ditentang calon Pas, Ismail Mohd. Yusof mempunyai peluang cerah untuk menewaskan pembangkang walaupun buat kali pertama dipertandingkan di kawasan yang mempunyai 22,121 orang pengundi itu.

Ini kerana selain daripada faktor anak tempatan iaitu di Temiang, Jalan Salleh, Muar, dia juga mengambil berat akan penduduk setempat sejak berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah Muar dahulu.

Hasrat Pas yang mengemukakan seorang calon daripada kalangan profesional itu tentulah mahu meraih simpati daripada termasuk 57.85 peratus atau 12,796 pengundi Melayu dengan menggunakan sentimen agama.

Mereka lupa bahawa 35.42 peratus atau 7,835 pengundi Cina dan 6.73 peratus India akan menjadi penentu hasrat pembangkang itu.

Cuma bagi Samad, mampukah beliau merialisasikan hasrat Pengarah Pilihan Raya BN Pagoh, Muhyiddin yang mahu melihat pembangkang hilang wang pertaruhan di kawasan tersebut?.

Persoalan ini hanya akan terjawab apabila pengiraan undi bagi kerusi tersebut diketahui pada malam 29 November nanti.

Pada pilihan raya umum 1995, Datuk Sabariah telah mengalahkan calon Parti Semangat 46, Ab. Rahim @ Rahim Elias dengan mejoriti 7,962 undi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.