saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 25/11/1999

Zainal Abidin bukan orang baru dalam politik

BAGAN SERAI

Jumlah pemilih: 44,887

Melayu: 68.33 %

Cina: 17.46%

India: 14.01%

Lain-lain: 0.20%

Calon yang bertanding:

1. Datuk Zainal Abidin Zin (BN)

2. Ahmad Awang (Pas)

KAWASAN Parlimen Bagan Serai, Perak akan menyaksikan pertembungan antara bekas orang kuat Semangat 46, Datuk Zainal Abidin Zin, 59, dan calon Pas, Ahmad Awang, 63, pemimpin Persatuan Ulama Malaysia.

Zainal Abidin yang menyertai UMNO pada 1965 bukan orang baru dalam politik malah pernah bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Gunung Semanggol dan Parlimen Bagan Serai sebelum ini.

Sungguhpun begitu cabaran Pas dan Keadilan di kawasan Parlimen ini turut melebar ke dua kerusi Dewan Undangan Negeri.

Calon BN bagi kawasan Alor Pongsu, Datuk Qamaruzzaman Ismail, 63, dan kawasan Gunung Semanggol, Saikidol Mohd. Nor, 45, tidak terlepas dari dicabar oleh Mustaffa Kamil Ayub, 36, (Keadilan) dan Jaberal @ Sabran Hasamawi @ Asmawi, 61, (Pas).

Zainal Abidin, seorang ahli perniagaan kali ini dicalonkan bagi menggantikan penyandangnya, Qamaruzzaman yang bertukar kawasan untuk bertanding di Alor Pongsu.

Beliau pernah menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri Perak, Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah, Timbalan Menteri Kerja Raya dan Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos.

Zainal yang pernah bertanding dalam pilihan raya umum 1990 dan 1995 di Bagan Serai menentang Qamaruzzaman atas tiket S46 sewaktu itu tetapi tewas. Qamaruzzaman memperoleh 16,343 undi manakala Zainal Abidin 10,184.

Beliau akhirnya menyertai semula UMNO dan disahkan keanggotaannya tahun lalu. Beliau kemudian dilantik sebagai Pengarah Pidato Perdana Jawatankuasa Menangani Fitnah Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini yang khidmatnya masih diperlukan.

Semasa mengulas pencalonannya, beliau menyatakan akan bekerja keras bagi memastikan BN terus menang malah mencatat kemenangan yang lebih besar.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti beliau yakin para pengundi akan terus memberi sokongan bukan sahaja kepada beliau tetapi kepada BN sendiri.

Bagi calon pembangkang Ahmad Awang, beliau pernah berkhidmat dalam kerajaan di Jabatan Perdana Menteri dan sebagai pensyarah di salah sebuah pusat pengajian tinggi.

Ahmad merupakan AJK Pas Pusat dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak yang giat berceramah agama di merata tempat.

Bagaimanapun melihat rekod perkhidmatan kerajaan BN di kawasan tersebut selama ini, tidak ada sebab rakyat perlu mengubah selera kepada yang lain, tegas beberapa tokoh UMNO tempatan.

Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri, Tan Sri Ramli Ngah Talib berkata, jentera pilihan raya negeri akan turut memberikan tumpuan kepada Parlimen Bagan Serai dan Parit Buntar bagi memastikan semua calon BN di kawasan tersebut mencapai kemenangan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.