saya nak baca ..

PILIHAN RAYA


ARKIB : 28/11/1999

Ahmad berjaya tingkat kehidupan petani

PENGALAMAN calon Barisan Nasional (BN), Ahmad Lebai Sudin selama empat tahun sebagai Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Kedah berjaya meningkatkan taraf ekonomi golongan petani di kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Lada.

Ahmad, 41, yang berpengalaman luas dalam politik dianggap seorang pemimpin yang berpandangan jauh serta gigih dalam sebarang usaha yang dilakukan olehnya.

Beliau yang pernah menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1984 mula menceburkan diri dalam arena politik sebagai Ketua Pemuda UMNO cawangan Kampung Panchor, Pokok Sena pada tahun 1983.

Kerjaya politiknya semakin terserlah apabila dipilih menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Terap pada tahun 1993 sebelum dipilih menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri Kedah setahun kemudian.

Ahmad juga merupakan salah seorang anggota Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sejak tahun 1993 hingga 1996.

Berdasarkan rekod cemerlangnya dalam politik dan pentadbiran, graduan Universiti Malaya itu diberi mandat oleh pengundi Bukit Lada sebagai wakil rakyat buat kali pertama pada pilihan raya umum 1995.

Mandat yang diberikan oleh pengundi Bukit Lada dibalas oleh Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid dengan melantik wakil rakyat mereka itu sebagai anggota Exco kerajaan negeri dengan memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan selama setahun dari 1996 hingga 1997.

Anak kelahiran Kampung Panchor, Pokok Sena ini terus diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan sebagai anggota Exco pada tahun-tahun berikutnya dengan memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Penerangan (1997-1998) dan Pengerusi Jawatankuasa Makanan, Pertanian dan Gejala Sosial (1998 hingga sekarang).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.