saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/11/1999

Bintang RTM '99 tebus 'maruah' peserta lelaki

Seperti yang diketahui ramai juga, kakitangan sebuah bank swasta, Norazamadee Salleh berjaya menewaskan tujuh peserta lain, berikutan persembahannya yang berkesan dan menepati kehendak juri.

Peserta yang berasal dari Perak ini muncul mengadakan persembahan menerusi lagu Merisik Khabar yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman.

Manakala tempat kedua disandang oleh Sharifah Zarina Syed Hassan yang muncul dengan lagu Nian Di Hati dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Mohd. Safawi Mohd. Lihin yang menyampaikan lagu Bara.

Sebagai satu-satunya pertandingan yang berprestij di negara ini, Bintang RTM dilihat sebagai medan paling penting untuk melahirkan artis yang berwibawa, yang boleh diketengahkan sebagai penghibur terbaik.

Bintang RTM '99 juga menyaksikan detik penting penyanyi lelaki diiktiraf di peringkat tertinggi kerana sebelum ini, baik Bintang RTM mahupun pertandingan-pertandingan yang lain, paling kerap 'melahirkan' juara yang terdiri dari peserta wanita.

Norazamadee mengulangi sejarah Bintang RTM yang pernah memahat nama penghibur terkenal Asia, Sudirman yang memenangi pertandingan itu pada tahun 1976.

Seterusnya, M. Rizal pula dinobatkan sebagai juara pada tahun 1978 sebelum takhta itu diserahkan kepada Jamal Abdillah setahun kemudiannya.

Selepas Jamal, tiada lagi peserta lelaki yang ditabalkan sebagai juara. Sebaliknya, bermula tahun 1980, Rohana Jalil memenanginya diikuti oleh Juliza Adlizan pada tahun 1983.

Dua tahun kemudian, Ramlah Ram pula berjaya menerima anugerah itu, sebelum Noraliza Yusof 'merampas' semula gelaran itu pada tahun 1986.

Selepas Noraliza, Bintang RTM dihentikan sehinggalah diadakan semula tahun ini dan Norazamadee mencipta sejarah dan mengembalikan semula 'maruah' kaum lelaki dalam pertandingan yang terunggul itu.

Melihat kepada persembahan kelapan-lapan peserta tempoh hari, jelas seperti yang dinyatakan oleh pengerusi juri, Datuk Mokhzani Ismail, kemampuan peserta lelaki lebih terserlah berbanding peserta wanita.

Selain Norazamadee, Sharifah Zarina dan Mohd. Safawi, lain-lain peserta yang turut tersenarai ke peringkat akhir ialah Noralinda Mat Drus, Mohd. Fattah Mohd. Nor, Muhaiza Mustafa, Aifa Ashma Mobil dan Firdee Akassya Roslee.

Barangkali, apa yang terjadi kepada peserta wanita ialah kerana mereka terlalu terpengaruh dengan artis pujaan masing-masing sehingga terbawa-bawa dalam persembahan mereka.

Sekalipun begitu, secara keseluruhannya, kesemua peserta telah memberikan persembahan yang baik dan telah membuktikan mereka punya bakat seni tersendiri.

Pada pertandingan itu, kesemua peserta diadili dari segi vokal, gaya persembahan, penghayatan, kawalan suara, keyakinan diri di samping sejauh mana kemampuan peserta mengembangkan bakatnya sebagai penyanyi.

Jelas di sini, Bintang RTM, begitu teliti dalam membuat pengadilan. Ketelitian itu juga dibuat mungkin kerana RTM mahu meletakkan taraf Bintang RTM di tempat yang sewajarnya di samping mempertahankan dan meneruskan usahanya 'melahirkan' penghibur yang berkualiti.

Turut memeriahkan pertandingan Bintang RTM '99 pada hari itu juga ialah penghibur yang juga bekas 'kelahiran' RTM sendiri iaitu Ramlah Ram, Siti Nurhaliza dan Liza Hanim.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.