saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/12/1999

Pencapaian calon wanita memuaskan

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Pilihan raya umum ke-10 semalam menyaksikan calon-calon wanita mencatat pencapaian memberangsangkan dengan 44 daripada 61 calon kesemuanya yang bertanding berjaya memenangi kerusi masing-masing.

Daripada jumlah kerusi yang dimenangi itu, 19 merupakan kerusi Parlimen manakala 25 lagi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Barisan Nasional (BN) yang menurunkan 43 calon wanita hanya kehilangan lima kerusi termasuk tiga di Kelantan yang dikuasai sepenuhnya oleh Pas.

Dua lagi ialah calon MCA, Lim Swee Kiang yang tewas di kawasan kubu kuat DAP di Parlimen Kota Melaka dan Ketua Wanita UMNO Sik, Siti Meriam Salleh yang hanya ketinggalan 492 undi kepada calon Pas di DUN Belantek.

Ahli Parlimen wanita berpengalaman daripada BN seperti Datuk Seri Rafidah Aziz (Kuala Kangsar), Datin Paduka Zaleha Ismail (Gombak), Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman (Paya Besar), Datuk Shahrizat Jalil (Lembah Pantai) dan Seripah Noli Syed Husin (Sepang) berjaya mempertahankan kerusi masing-masing.

Calon muka baru yang diberi tanggungjawab untuk merampas semula kerusi Parlimen Arau dari tangan Pas, Senator Mastika Junaidah Husin, pula berjaya melaksanakannya dengan majoriti 1,586 undi.

Muka-muka baru lain yang turut memenangi kerusi masing-masing ialah bekas wartawan Utusan Melayu, Rosnah Majid di DUN Tanjong Dawai, Ketua Wanita MCA, Datuk Dr. Ng Yen Yen (Parlimen Raub) dan bekas wartawan China Press, Chew Mei Fun (Parlimen Petaling Jaya Utara).

Kedua-dua calon BN dari MIC, Komala Krishnamoorthy yang bertanding di Parlimen Kapar dan Kamala Ganapathy (DUN Kota Raja) berjaya dalam percubaan pertama mereka pada pilihan raya umum ini.

Sementara itu, muka baru daripada MCA, Lim Bee Kau yang diturunkan menentang calon Parti Keadilan Nasional (Nasional), Saifuddin Nasution Ismail di Parlimen Padang Serai, menang dengan majoriti 9,372 undi.

Strategi parti pembangkang menurunkan calon sentimen pada pilihan raya kali ini terbukti berjaya memancing undi simpati di kawasan yang ditandingi mereka.

Para pemerhati politik berpendapat wanita yang merupakan 54 peratus daripada jumlah pemilih berdaftar mudah bersimpati dengan sentimen yang dimainkan sekitar calon sejenis mereka.

Calon pembangkang yang paling diberikan tumpuan iaitu Presiden Keadilan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail berjaya mempertahankan kerusi yang dimenangi suaminya pada 1995 dengan majoriti 9,077 undi.

Betty Chew, isteri bekas Ahli Parlimen Kota Melaka, Lim Guan Eng pula yang diberi peluang bertanding di DUN Durian Daun kerana diyakini dapat menarik undi simpati juga menang dengan majoriti 3,369 undi.

Selain Betty Chew, hanya dua daripada 11 calon wanita DAP yang diturunkan memenangi pilihan raya kali ini.

Timbalan Setiausaha Agung DAP Kebangsaan, Chong Eng menunjukkan penguasaannya dengan memenangi kedua-dua kerusi Parlimen Bukit Mertajam dan DUN Berapit yang ditandinginya di Pulau Pinang.

Aktivis Pertubuhan Hak Asasi Manusia (Suaram), Teresa Kok pula menang di kawasan kubu kuat DAP di Seputeh.

Bagaimanapun, lima lagi calon wanita yang diturunkan Keadilan semuanya tewas dalam pilihan raya ke-10 ini.

Ini termasuk Naib Presidennya, Marina Yusoff yang memberikan tentangan sengit kepada calon muka baru BN, Datuk Zulhasnan Rafique di Parlimen Wangsa Maju.

Marina yang memperoleh 24,279 undi ditewaskan dengan majoriti 5,718 undi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.