saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/12/1999

Konsert Mega Seceria Petang meriah

KEMUNCULAN banyak penyanyi popular memeriahkan Konsert Mega Seceria Petang di Menara Kuala Lumpur Ahad lalu, mendapat sambutan menggalakkan.

Penonton tidak berganjak untuk menyaksikan hiburan percuma yang diadakan di pentas terbuka menara itu sejak dari awal hingga tamat persembahan.

Hiburan percuma itu dibawakan oleh Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Kumpulan Utusan sempena Ulang tahun ketiga menara itu dan program sempena cuti sekolah.

Konsert itu menampilkan penyanyi Anuar Zain, Ramlah Ram, Nurul, Intan, Rem, Syafinaz, Retro, Ani Maiyuni, Umie Aida, GT Boys, Impression dan Jazlina. Rosyam Noor muncul sebagai pengacara.

Walaupun konsert tersebut berlangsung hampir tiga jam, namun peminat tetap menunggu seorang demi seorang penyanyi muncul mengadakan persembahan.

Anuar Zain muncul dengan lagu popularnya sambil turun bersalaman dengan penonton yang menanti kehadirannya.

Ani Maiyuni pula mengajak dua pelancong luar negara untuk bersama menari gelek ketika dia menyanyikan lagu dangdut Penasaran dan Sedap.

Syafinaz pula memilih lagu Ingin Bersamamu dan sebuah lagu rancak untuk menghangatkan persembahan petang tersebut. Dia terpaksa meninggalkan majlis sebaik sahaja selesai menyanyi untuk membolehkannya balik ke Johor untuk mengundi.

Ramlah Ram tetap muncul menghiburkan peminat walaupun kurang sihat. Dia memilih lagu barunya Jendela Di Kamar Usang dan sebuah lagu tradisional.

Kumpulan Impression yang dianggotai oleh pelakon Norman Hakim, Eizlan Yusof dan Sani Salleh turut menghiburkan peminat dengan gaya tersendiri.

Rem, Nurul, Umi Aida dan kumpulan Retro juga tidak ketinggalan menyanyikan lagu-lagu petikan album terbaru mereka yang kini telah dipasarkan.

Penyanyi baru Intan dan Jazlina tidak menghampakan peminat dengan menyanyikan lagu petikan album sulung mereka yang bakal dipasarkan.

Kumpulan GT Boys juga menarik perhatian penonton dengan lagu-lagu berkonsep terkini. Malah, mereka muncul dengan pakaian ala angkasawan berwarna perak bersinar.

Oleh: ROSLI MANAH

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.