saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/12/1999

Slam bubar tetapi album tetap laris


KUMPULAN SLAM... sudah lama terkubur.


Tiada apa-apa berita terbaru tentang mereka selepas itu. Cuma yang terkini adalah penampilan mereka dengan album yang berbentuk kompilasi, Best of Slam.

Tetapi ternyata pembubaran kumpulan tersebut tidak pula bermakna album kompilasi mereka turut menerima nasib yang sama.

Album yang mengumpul lagu-lagu terbaik Slam tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan, termasuklah di negara jiran kita, Indonesia.

Malahan, dengan sambutan tersebut bukan hanya menjadikan Slam antara sembilan artis Malaysia yang paling popular di sana.

"Bahkan, mereka juga telah menerima Anugerah Khas sempena kejayaan mereka mencatat jualan tertinggi, iaitu 700,000 unit,'' kata Penolong Pengurus Promosi BMG Malaysia, Rohani Ismail.

Kejayaan ini juga, menurut beliau, sememangnya sesuai untuk album ini kerana ia mengumpul sebahagian besar lagu-lagu terbaik mereka.

"Mungkin juga anugerah tersebut sebagai suatu penghargaan kepada kejayaan yang mereka terima selama ini,'' katanya.

Ujarnya lagi, album tersebut telah memuatkan lagu-lagu terbaik daripada tujuh album yang dikeluarkan sebelum ini.

"Hampir semua lagu yang pernah popular dimasukkan dalam album Best of Slam ini,'' katanya ketika ditemui di Utusan, baru-baru ini.

Antara lagunya adalah Kembali Merindu, Kembali Terjalin, Gerimis Mengundang, Mentari Muncul Lagi dan Terasing Dalam Sepi.

Selain itu, dua buah lagu bonus dalam album ini iaitu Rindiani yang menjadi judul album di Indonesia dan Dalam Gelap Ada Terang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.