saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 07/12/1999

Barisan muda Brunei tahun depan

PERSARAAN beramai-ramai pemain senior dan ketiadaan dua tonggak import untuk mengharungi saingan bola sepak Liga Perdana Malaysia 2000, membuka peluang buat pemain muda untuk membarisi skuad Brunei musim depan.

Jurulatih Brunei, Michael Jones berkata, masanya sudah tiba buat pasukan itu menggunakan tenaga muda untuk mengharungi cabaran sengit Liga Perdana, selepas agak mengabaikan kehadiran mereka sebelum ini.

''Kami jarang memberi peluang buat pemain muda ini untuk beraksi pada perlawanan liga mahupun antarabangsa sebelum ini, dan sudah masanya senario itu diubah,'' kata Jones, yang membimbing Brunei meraih kejuaraan sulung Piala Malaysia selepas 20 tahun.

Menurut Jones, walaupun persaraan enam tonggak Brunei - ketua pasukan, Liew Chuan Fue, penjaga gol Ibrahim Abu Bakar, Nordin Tujoh, Rosanan Samak, Mohd. Said Abdullah dan Martilu Mohamed diratapi, namun ia telah membuka peluang buatnya untuk mencuba khidmat pemain remaja.

Peluang itu semakin terbuka apabila Patron Akapo dan Brian Bothwell turut digugurkan, selepas peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak membenarkan pemain import beraksi pada Liga Perdana.

''Saya akui kami banyak bergantung kepada tenaga senior dan import dalam mengharungi saingan liga musim ini dan musim-musim sebelumnya, ia sedikit merunsingkan.

''Bagaimanapun saya percaya, Brunei masih memiliki pemain pelapis yang mampu membawa cabaran tahun depan seperti Fadlin (Gelawat) dan Riwandi (Wahit),'' katanya lagi.

Katanya lagi, program pembangunan pemain remaja yang dikendalikan David Woodfield berjaya melahirkan bakat baru seperti Abang Norsillmy Taha, Awangku Sallehuddin Damit dan Sabtu Lupat.

Namun begitu, jika dibandingkan dengan pasukan seperti Selangor, Kuala Lumpur dan Perak, jumlah pemain muda Brunei yang mampu membawa cabaran dalam Piala Malaysia agak terhad.

''Masih terlalu awal untuk saya letakkan sasaran kami musim depan, sudah tentu jika boleh kami ingin pertahankan kejuaraan tetapi semuanya bergantung kepada sejauh mana kemampuan pasukan pada awal musim,'' katanya lagi.

Brunei menjulang kejuaraan sulung Piala Malaysia sejak mengambil bahagian pada 1979 apabila membenam Sarawak 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Merdeka, Sabtu lalu.

Kedua-dua gol kemenangan pasukan itu dijaringkan oleh pemain veteran, Rosli Liman, 29, yang menyumbat gol sulung sepanjang saingan liga musim ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.